Mieja atau nama sebenarnya Nurul Fariza Ibrahim telah mendirikan rumah tangga dengan pelakon filem PASKAL The Movie, Hafizul Kamal pada 13 Februari 2016.
Hasil perkongsian hidup, mereka kurniakan seorang anak, Raisya Amanda pada 25 Oktober 2017 manakala Sara Erina dilahirkan pada 10 Disember 2019.
Terbaharu, isteri kepada Hafizul Kamal, Mieja telah berkongsi pengalaman menjaga anak keduanya, Sara Erina menerusi posting terbaru di akaun Instagram peribadi miliknya.
Mieja mendedahkan menjaga anak kedua lebih senang berbanding yang pertama. Dia juga turut berkongsi perkembangan Sara yang kini sudah banyak memberikan reaksi selepas mencecah usia 3 bulan.
“Sara cukup 3 bulan. Alhamdulillah Sara anak yang senang dijaga. Beza sangat jaga anak pertama dengan anak kedua.
“Mungkin sebab ada pengalaman. Sara pun sekarang pantang mummy daddy sembang dengan dia mesti sengih je. Pagi-pagi pulak banyak benda dia nk cakap,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Perkongsiannya itu mendapat pelbagai respond daripada pengikut istagram miliknya.
Sumber: Ig Mieja Ibrahim
Leave a Reply Cancel reply