Bukan Setakat Tak Jamah Nasi, Syamim Dedah Sudah 2 Tahun Tak Makan Daging Dan Ayam

Pelakon drama Dua Takdir Cinta, Syamim atau nama penuhnya Che Puan Syamim Farid, sebelum ini pernah mendedahkan bahawa dia sudah tidak menjamah nasi sejak sembilan tahun yang lalu.  Pendedahannya itu telah mengejutkan ramai orang.

Menurut Syamim, dia sudah memulakan rutin terbabit sejak berusia 20 tahun dan kini sudah terbiasa untuk menikmati makanan yang tidak berasakan nasi.

“Bila peminat tanya, saya hanya jawab dengan jujur sahaja. Tak sangka pula ramai yang terkejut dengan pendedahan terbabit. Ada yang memberikan pelbagai reaksi.

“Saya mula tak menjamah nasi sejak mula bersenam. Apabila saya bersenam dan mahu menjaga tubuh badan, saya juga mula mencuba untuk tidak menjamah nasi dan ia dilakukan perlahan-lahan.

“Lama-lama, saya sudah terbiasa untuk tidak mengambil nasi. Tetapi, saya masih makan seperti biasa, cuma saya menggantikan nasi dengan sumber karbohidrat yang lain serta mengamalkan cara pemakanan sihat,” jelas Syamim ketika ditemui ditemui pada majlis pelancaran jenama kosmteik Mawarose di Ryu Event Hall, di Suka Sucre Bistro, Cheras, pada Isnin.

Syamim yang juga merupakan isteri kepada kerabat diraja Selangor, Tengku Ezrique Ezzuddean Tengku Datuk Ardy Esfandiari Al-Haj ini, akui dia berasa beruntung kerana suaminya juga memahami.

“Suami saya faham dan dia juga seperti saya, mengamalkan cara pemakanan sihat. Cuma, menu lain seperti sambal belacan saya masih makan, cicah dengan ulam-ulaman.

“Semenjak dua tahun lalu, saya mengamalkan cara pemakanan pescatarian iaitu tidak menikmati juadah berasaskan ayam dan daging.

“Saya hanya menikmati sayur-sayuran, buah-buahan, karbohidrat lain selain nasi serta makanan laut. Apa yang penting, saya menjaga pemakanan dan saya makan menu berkhasiat,” katanya lagi.

 

 

 

 

Sumber: Gempak, Ig Syamim Farid

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*