Penyanyi Ara Johari atau nama sebenarnya Nurfarrah Izzatie Johari mendedahkan bahawa dia telah memilih untuk mengehadkan ruangan komen dia instagram peribadi miliknya. Ini berikutan Ara yang tidak selesa dengan perba1ahan netizen di ruangan komen istagram peribadinya yang membuatnya berasa tertekan dengan komen negatif netizen.
Selain itu, dia juga akan memadam dengan segera komen-komen yang menimbulkan rasa kurang senang dan prov0kasi di laman sosial.
“Bagi saya, orang yang follow saya saja yang boleh komen, saya hadkan itu je. Saya tak suka apabila orang luar datang macam makcik bawang sekadar nak datang komen atau buat kec0h lepas itu pergi.
“Kalau komen itu terlalu melampau seperti melibatkan ibu bapa, mar4h-mar4h saya akan padam,” katanya.
“Komen negatif buat saya tertekan, sepanjang bergelar artis dah tiga kali saya dikec4m teruk netizen iaitu masa wayang, Anugerah Juara Lagu (AJL) dan fesyen.
“AJL tahun lepas saya rasa sangat stres sebab orang tak boleh terima lagu saya dapat tempat kedua, mereka komen dan mesej saya mar4h-mar4h.
“Saya rehat daripada Instagram seminggu, selepas itu update balik orang dah tak ingat,” ujarnya.
Bercakap mengenai kerjaya seninya, Ara mengakui teruja apabila lagu baharunya Racun Hati kini sudah mencecah satu juta tontonan di Youtube.
“Alhamdulillah untuk lagu Racun Hati semakin mendapat perhatian dan sudah cecah satu juta tontonan di Youtube.
“Saya sedang mencari satu lagu lagi untuk cukupkan mini album. Saya tak pasti sama ada masih berkaitan atau tidak, tetapi itu adalah impian saya dari dulu nak ada album,” katanya lagi.
Ara juga ceburi bidang perniagaan.
Selain daripada itu, penyanyi berumur 23 tahun ini juga memberitahu dia kini mencuba nasib dalam bidang perniagaan makanan.
“Sekarang saya lebih kepada bisnes daging salai beku, kudap-kudapan dan kuih raya. Kuih baru tahun pertama, tetapi daging salai dah lama.
“Saya dah buka untuk tester, mungkin dalam hujung bulan Mac ini saya buka tempahan untuk kuih raya,” ujarnya.
Sumber: Mstar. Ig Ara Johari
Leave a Reply Cancel reply