Pembantu Rumah Mintak Hadiah Yang Baik-Baik, Tak Sangka Ini Yang Diberikan Datin Rebecca Kepada Bik Nia

Pelakon dan usahawan Datin Rebecca atau nama penuhnya Datin Rabecca Nur Al-Islam Binti Ahmad sering mendapat perhatian peminat kerana budi pekertinya yang baik terhadap pembantu rumahnya.

 

Kali ini Datin Rebecaa sekali lagi mendapat perhatian peminat apabila telah menghadiahkan telekung dan senaskah ayat suci al-Quran lengkap dengan terjemahan buat salah seorang pembantu rumahnya yang dikenali sebagai Bik Nia pada pertengahan Februari lalu sempenan ulang tahun kelahiran Bik Nia.

 

Apa yang lebih mengejutkan, pembantu rumahnya itu difahamkan meminta hadiah yang baik-baik iaitu menginginkan telekung yang cantik untuk bersolat dan senaskah al-Quran yang ada terjemahannya.

Datin Rebecaa turut menyelitkan wangian jenama mewah, Dior dalam bungkusan hadiah tersebut.

“Katanya Ibadah nya, Harus Semakin Kuat, Dan Bilangnya Malu nya Kalau enggak sembahyang. Hehe comel Bik Nia,Baik je,Lembut aje orangnya.

“Request Nak Hadiah pun Yg Baik Baik je. Mau telekung putih Yg Cantik Dan Mau Al Quran Yg ada Ertinya.

“Alhamdulillah Saya Pun Dapat Doa Dari Birthday Girl,Seronok dia,Dok belakang tu tgh sibuk dgn pen and kertas Nak Tulis Nombor Rekening Utk hantar sikit Gaji nya ke kampung,” tulisnya.

Perkara itu dikongsikan Datin menerusi video dan dimuat naik di laman instagram miliknya:

 

 

 

Sumber: Ig Rebecca Nur Islam

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*