Senarai tujuh selebriti dipuji jaga anak angkat dengan baik

Setiap orang pasti mengimpikan punya zuriat dan cahaya mata kerana ia menyerikan lagi sesebuah rumah tangga. Bukan itu sahaja, anak yang dipelihara sejak kecil ini menjadi kunci rezeki mereka.

Mereka yang memiliki zuriat sendiri pasti begitu bersyukur kerana ia salah satu nikmat terindah dalam kehidupan setiap pasangan. Maka, tidak hairanlah ada golongan selebriti mengambil anak angkat sejak kecil dan memberikan kasih sayang sepenuhnya walaupun masih bujang dan belum berkahwin.

 

Ini senarai tujuh selebriti yang mempunyai anak angkat. Sekali tengok macam anak mereka sendiri.

1.Hael Husaini

Penyanyi Hael Husaini mengambil anak angkat perempuan diberi nama Halena Hael yang kini berusia tiga tahun.

Hael berkata dia mahu Halena membesar seperti kanak-kanak lain dan menasihati orang ramai yang mempunyai hasrat untuk mengambil anak angkat tidak ragu-ragu meneruskan niat mereka itu.

Kasih sayang yang ditunjukkan Hael terhadap anak angkatnya itu boleh disaksikan oleh peminat menerusi Instagram khas yang diwujudkan untuk Halena.

 

2. Achey

Pasangan pelawak Achey dan isteri Nor Hasanah mengambil anak angkat yang diberi nama Nur Tiara Zinnirah pada Mei 2018.

Achey pernah berkata kehadiran bayi perempuan yang kini berusia dua tahun itu merupakan hadiah terindah daripada Allah.


Pasangan ini juga dilihat begitu menyayangi Tiara dan mereka kerap berkongsi foto dan video anaknya itu di laman Instagram.

Memang berubah kehidupan Achey dan isteri! Semakin bahagia dengan adanya Tiara.

 

3. Datin Seri Umie Aida

Pada Julai tahun lalu, Datin Seri Umie Aida berkongsi berita gembira tentang kehadiran seorang bayi perempuan comel menjadi anak angkatnya.

Bintang filem Dukun itu telah berkongsi foto pertama bayi tersebut yang diberi nama Aisya Humaira.


Kehadiran bayi itu dianggap rezeki tidak ternilai daripada Allah SWT, sekali gus menjadikan usia 10 tahun perkahwinan Umie dan suami lebih bermakna.

Sebelum ini, Umie sudah memiliki dua anak angkat lelaki iaitu Mohd Daniel Firdaus, 26, dan Mohd Dzulhelmy, 25, yang berada di bawah jagaannya semenjak kedua-duanya masih kecil.

 

4. Stacy

Semua orang sudah mengetahui penyanyi Stacy Anam memiliki seorang anak angkat yang dipelihara sejak kecil iaitu Bella Valentina atau gelaran manjanya Beya.

Kanak-kanak itu kini berusia lapan tahun dan sudah dianggap seperti anaknya sendiri.


Malah, Stacy dan suami Akim Ahmad memberikan kasih sayang secukupnya terhadap Beya dan keluarga ini bertambah bahagia dengan kehadiran Eshaal.

5. Erma Fatima

Penerbit serta pelakon Erma Fatima mempunyai lima orang anak angkat yang dipelihara sejak kecil.

Lima orang anak angkatnya itu ialah Syamil Ikhwan, 25, Ahmad Arir, 23, Ahmad Aifin, 21, Citra, 17 dan Nurain, 12.

Menerusi Instagram, Erma sering berkongsi aktiviti bersama mereka dan kerap menerima pujian peminat yang mengagumi cara Erma melayan keluarga.

 

6. Abby Abadi

Tidak sampai sebulan mengambil seorang anak angkat lelaki yang diberi nama Muhammad Daiyan Fayyadh, pelakon Abby Abadi mendedahkan dia menerima pula bayi perempuan.

Abby memberitahu bayi comel itu diberi nama Maisara Dayana Fathia dan menyifatkan ia sebagai rezeki daripada Allah.

Abby dan suami Faizal Zakaria menerima kehadiran dua orang anak angkat pada tahun 2018.

Meskipun sudah memiliki tiga orang anak hasil perkahwinan terdahulu dengan aktor Norman Hakim.

Namun, Abby tetap memberikan kasih sayang yang secukupnya kepada dua orang anak angkat mereka in

 

7. Misha Omar

Penyanyi popular Misha Omar juga turut mengambil anak angkat lelaki pada tahun 2007 yang diberi nama Mohd Adam Emir.

Selepas itu, Misha mengambil seorang lagi anak angkat perempuan bernama Humaira Lateefa.

Setelah berkahwin dengan seorang juruterbang, Misha dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Muhammad Idris Ezzwa.

 

 

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*