Percutian Bulan Madu Emma Maembong Dan Suami Ditangguh

Pada 20 Februari yang lalu, Emma Maembong, 27, telah sah bergelar isteri kepada juruterbang, Muhammad Shazli Azhar, 32, dengan sekali lafaz pada majlis tertutup di sebuah premis acara di Bukit Damansara.

 

Pasangan itu dinikahkan Penolong Pendaftar Nikah, Cer4i dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohammad Akmal Abdul Aziz berwalikan bapa pengantin perempuan, Ismail Embong.

Bercakap mengenai perancangan bulan madunya, Emma atau nama penunya, Fatimah Rohani binti Ismail dan suaminya tidak mahu terburu-buru untuk menikmati percutian bulan madu selepas perkahwinan.

 

“Sekarang semua tengah berjaga-jaga dengan Coronav1rus, risau juga. Insya-Allah kami ada plan tapi tak rushing la,” kata Shazli kepada Gempak ketika ditemui selepas majlis persandingan yang diadakan di Bora Ombak, Putrajaya pada Sabtu.

Menurut Emma, sejurus selepas resepsi perkahwinannya, dia juga akan sibuk dengan pengambaran dan menunggu masa yang sesuai untuk bercuti bersama suaminya.

“Lusa saya dah masuk set shooting dan saya ada cakap dengan suami untuk rancang bulan madu kita lepas raya.

“Dia pun faham dan kami pun tak nak terkejar-kejar. Bila masing-masing free je nanti, boleh terus pergi,” kata Emma lagi.

Emma dan Syazli kelihatan begitu berseri pada majlis tersebut yang bertemakan hitam.  Busana perkahwinan mereka yang tampak mewah itu adalah rekaan Pereka Rizman Ruzaini.

Majlis yang bertemakan warna hitam itu diserikan lagi dengan kehadiran ahli keluarga dan rakan selebriti.

 


 

Sumber: Gempak, Ig Emma Maembong

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*