“Saya rasa selesa bertudung…” – Belum bertudung sepenuhnya, Sharifah Shahirah minta peminat doakan

Sebelum ini, penyampai radio Sharifah Shahirah atau nama penuhnya Sharifah Shahirah binti Syed Abu Bakar Al-Khaired dilihat mula memuat naik foto bertudung sejak 13 Februari lalu ketika meyambut Hari Radio Sedunia.

Walaubagaimanapun, Sharifah Shahirah atau lebih mesra dipanggil Shiera, 46, memaklumkan dirinya masih belum bertudung secara kekal.


Dia turut mengakui bahawa dia selesa dan suka memakai tudung tetapi masih’free hair’.

“Sebenarnya ramai yang direct massage saya di Instagram tanya pasal bertudung ni dan saya minta mereka mendoakan yang terbaik.


“Ramai orang yang mendoakan, saya dah pelan-pelan pakai tudung. Sebab liat betul kita ni, hidayah tu jauh. Tak tahu la,” ujar Shiera ketika dihubungi Gempak.

Rata-rata peminat turut memuji penampilan Shiera yang kelihatan manis mengenakan selendang.

 

“Saya rasa selesa bertudung, memang suka. Sebab rambut kejung, leher pun berkedut, sudah masanya untuk tutup. Tapi kadang buka juga sebab rambut basah,” ujar Shiera berseloroh.

 

 

 

Sumber: Gempak. Ig Sharifah Shahirah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*