Pelakon Faralyna sebelum ini menumpukan sepenuh perhatiannya terhadap keluarganya. Faralyna telah mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Fikri Abdullah pada Disember 2014 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Fira Anggun, 5, dan Fira Ayu yang kini berusia dua tahun.
Menurut Faralyna, dia pernah melalui fasa sukar untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan baru sewaktu mula-mula membuat keputusan untuk menjadi suri rumah sepenuh masa.
Tambah Faralyna lagi, dia pernah terdetik mahu kembali melalui rutin penat bekerja berbanding duduk di rumah menguruskan keluarga.
Faralyna berkongsi perkara tersebut di laman instagram mliknya.
“Apa yang susah jadi suri rumah? Duduk rumah jaga anak je kan? Itu yang orang baca je, dengar je, nampak je seorang wanita itu seorang suri rumah tanpa mendalami siapa seorang suri rumah itu.
“Awal dulu, ya Allah rasa susahnya. Sampai fikir, lebih baiklah penat shooting tu duduk di set, kerja daripada jadi seorang suri rumah. Nak pergi tandas pun berkejaran tau.
“Tapi, alhamdulillah, saya berjaya harunginya. Perlahan-lahan dapat rentak,” tulis Faralyna di instagramnya.
Faralyna turut akui bahawa dia pernah merasa ragu-ragu dengan keputusannya untuk berehat seketika daripada dunia lakonan.
“Saya pernah ada rasa ragu-ragu untuk berhenti bekerja sementara untuk jadi suri rumah sepenuh masa selepas saya berkahwin. Namun, melihat diri saya pada hari ini, saya tahu yang saya sudah buat satu keputusan yang betul,” katanya.
Setelah melalui pengalaman itu sendiri, Faralyna mengatakan dia cukup kagum dengan mana-mana wanita yang mampu menjadi suri rumah sepenuh masa.
“Saya tabik spring kepada kedua-dua yang jadi suri rumah sepenuh masa dan ibu yang bekerja. Kedua-duanya adalah super mom!,” luahnya.
Namun begitu, Faralyna kini telah kembali ke set penggambaran dan membantu bisnes suaminya setelah mendapat rentak untuk menguruskan rumah tangga.
“Segala kerja suri rumah tu tak boleg lepas tangan tau sebab saya memang tak ada pembantu dan sekali lagi, ini adalah pilihan saya yang saya sendiri cabar diri untuk buat,” katanya.
Sumber: Ig Faralyna Idris
Leave a Reply Cancel reply