Dr. Say Shazril atau nama sebenarnya Muhammad Shazril Shaharuddin pernah tu1ar suatu ketika dahulu kerana selain bergelar doktor, beliau juga mempunyai rupa paras yang kacak dan bertubuh sasa. Beliau sekarang merupakan pengacara dalam program Tanya Doktor.
Sebelum ini, Dr. Say sering kali berkongsi pelbagai info yang menarik. Kali ini beliau berkongsi mengenai pembantu rumah. Dr. Say bersyukur kerana mempunyai pembantu rumah yang sempurna dalam melakukan kerja rumah serta menguruskan anaknya.
Tambah Dr. Say lagi, sejak memiliki pembantu rumah lapan bulan lalu anaknya, Aezril berusia setahun kini tidak lagi jatuh sa kit. Kehidupan keluarganya juga turut berubah.
“Mari saya cerita pasal maid saya pula. Nama dia Supriatun dab kami ambil dia immediately lepas Ace discharge dari w4d akibat jang kitan paru-paru Julai tahun lepas.
“Ingat lagi masa saya tanya followers saya “ok tak ambil maid?”, rata-rata reply “careful dengan maid, awal-awal je mereka rajin pastu nanti haremmm”, “dari experience kawan-kawan, 70% maid bermasalah, tak payah la doctor”, “bersiap sedia lah nak bertukar-tukar maid mereka ni perangai macam-macam”.
“Lapan bulan berlalu dan alhamdulilah Supriatun masih lagi dengan kami, tak lari & menyayangi Ace seakan anaknya sendiri. Teringat dulu saya ada cakap saya taknak ambil maid sebab nanti tiada privacy tapi life has never been better.
“ Sejak ada Supriatun, Ace tak pernah jatuh sa kit yang saya rasa kalau Ace masih di daycare mahu ulang-alik kami ke hospital.
“Kedua, kadang-kadang saya & bini dapat enjoy our “me time” dating tengok movie, makan tenang-tenang dan saya rasa ia bagus untuk hubungan kami.
” Lastly rumah tak pernah serabut dan perut tak pernah lapar sebab she is such a good maid!
“Saya tahu mesti, hati kecil kalian nak cakap “jangan sure sangat doc” tapi yelah saya dan bini pun masih berhati-hati dan masih berjaga-jaga,” jelasnya dilaman instagramnya.
Dr. Say turut memuat naik gambar pembantunya bersama anak lelakinya.
Melalui pengalamannya, Dr. Say berkongsi pendapat dan tips darinya serta isterinya dalam mencari pembantu rumah yang baik.
“Tips bini dalam memilih maid adalah jangan ambil yang muda cun-cun dan jangan ambil yang ada ramai kawan-kawan atau keluarga di Malaysia.
“Bagi saya pula, its all about how u treat them. If u treat them nice dengan bayar gaji mereka on time, tegur cara baik, bawak mereka berjalan-jalan sekali sekala, layan dia seperti keluarga but with boundaries takde sebab kenapa diorang nak lari unless memang niat mereka nak lari dari awal,” katanya.
Sumber: Instagram Dr. Say Shazril
Leave a Reply Cancel reply