Jangan Teruja Menginap Di Hotel, Ikuti Tip Penting Kurangkan Risik0 Jang kitan Covid-19

Sejak penu laran pandemik Covid-19, tiada perkara yang lebih penting selain perlu menjaga kebersihan diri selain sentiasa memastikan persekitaran terjaga rapi.Biarpun musim percutian ke destinasi-destinasi terpilih belum dibuka sepenuhnya, namun sekurang-kurangnya anda sudah melakukan persiapan awal sebelum mula travel.Seorang krew pesawat berkongsi beberapa tip untuk memastikan bilik hotel yang dihuninya kurang risi ko penu laran wa bak Covid-19 ini.

Pramugari yang dikenali SkyQueen di laman Youtube dan Instagram ini memberitahu, dia kini kembali bertugas selepas hampir sebulan arahan lockdown berikutan perubahan jadual penerbangan.

Pelbagai pembersih atau pembasmi kuman dibawa ketika menginap di hotel.

Dia membuat rakaman sendiri ketika berada di sebuah holtel di Amerika Syarikat (AS) dengan memakai mask serta sarung tangan.

Dalam masa sama, dia mengakui ketika ini adalah tempoh mena kutkan untuk travel dan cuba untuk melindungi dirinya daripada dijang kiti vi rus tersebut.

Sebagai langkah pertama, dia menanggalkan kasut yang dipakai sebaik sahaja memasuki bilik.

Alat kawalan jauh televisyen antara yang perlu dibersihkan.

Dia meletakkan kasutnya di sebelah pintu dan menyemburnya dengan pembasti kuman.

Selepas itu, dia memasukkan kasutnya dalam beg kasut.

Langkah kedua, dia menyembur beg pakaiannya dengan penyembur kuman dan mengelap dengan tisu anti-bakteria.

Langkah ketiga, kawasan katil juga, terutama meja tepi turut dibersihkan.

Suis lampu turut dibersihkan.

Malah SkyQueen turut menyarankan kepada semua supaya membersihkan ‘remote control’.

Penyembur kuman yang dibawanya itu juga digunakan ketika menggunakan sinki, tab mandi, dan sekitar tandas.

Apabila semuanya sudah dibersihkan, jangan lupa juga menyembur telefon bimbit sebelum membuka mask, sarung tangan dan membersihkan tangan.

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*