Bapa Saudara Idaman Ramai! Ervan Rezuan Hadiahkan Anak Sedara Telefon Pintar Sempena Raya

SELEBRITI media sosial, Ervan Rezuan ada caranya yang tersendiri dalam meraikan Aidilfitri bersama keluarga tersayang.

Jika orang lain sekadar menghulurkan duit raya, lain pula ceritanya melibatkan jejaka kelahiran Terengganu ini apabila dia menghadiahkan tiga telefon pintar buat tiga anak saudaranya yang masing-masing berusia lapan, tujuh dan empat tahun.

Setelah dikongsi di media sosial, Ervan ‘te ruk’ dihujani komen netizen, rata-ratanya berseloroh jika mereka juga boleh menjadi anak saudaranya untuk menerima hadiah hari raya yang lumayan.

“Sebenarnya saya ada 10 anak saudara. Tapi tiga orang ni memang tinggal bersama keluarga saya sejak kecil lagi.

“Saya janji, kalau puasa penuh akan bagi telefon. Tapi mereka pun tak percaya sangat. Sebab tu mereka terkejut masa saya bagi pada pagi raya.

“Itu pun dibeli pada saat-saat akhir, sehari sebelum hari raya. Lepas tu ramai netizen komen, semua tanya ada kuota kosong tak untuk jadi anak saudara saya,” ujarnya kepada mStar.

Menurut Ervan, sambutan hari raya kali ini tetap meriah biarpun ia disambut bersulam pandemik Covid-19 yang melanda negara.

Malah katanya, dia tidak pergi beraya ke mana-mana selain rumah keluarga sahaja dan perkara itu sudah berterusan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksana Mac lau.

“Kita tetap beraya. Cuma tak pergi menziarahi rumah orang, pergi rumah keluarga je. Masa bulan puasa pun duduk kat rumah.

“Memang stres. Tak boleh keluar. Sampai saya shoot video atas bumbung rumah, sebab dah habis location. Nak keluar tak boleh,” ujarnya dalam nada ketawa.

Menurut Ervan, dia berharap keadaan negara akan kembali pulih seperti biasa.

Malah katanya, banyak urusan kerja yang tertangguh dalam temoh PKP.

Dalam pada itu, Ervan sempat menitipkan ucapan hari raya buat peminatnya dan menjemput semua orang agar datang bercuti ke negeri penyu bertelur itu selepas tamatnya pandemik ini.

“Saya nak ucap terima kasih kepada semua yang mengikuti saya dari dulu sampai sekarang. Nanti habis PKP sila datang Terengganu,” ujar Ervan lagi.

 

 

 

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*