‘bagi makan, takyah ajar..terus tahu..’ – Aidil Kongsi Video Suapan Pertama Aisha

Genap lima bulan usia cahaya mata pasangan pelakon Fasha Sandha dan Aidil Aziz, Aisha Amaira. Buat pertama kali juga Aisha menerima suapan makanan yang pertama.

Saat manis pertama kali tersebut dikongsi oleh Aidil dalam satu video yang dimuat naik ke Instagram miliknya.

“Aisha dah 5 bulan, Alhamdulillah. Pagi-pagi bawak pergi cvcuk, Doktor cakap dah boleh start makan. Selalunya baby, 6 bulan baru boleh start makan.

“Takut dia tak pandai nak kvnyah sebab tak biasa, asek n3nen jer. So Fasha Sandha try bagi Aisha makan, tak payah ajar. Terus tahu. Semua excited,” tulis Aidil gembira.

Tambah Aidil lagi secara berjenaka, saat tersebut membuatkan dia teringat kepada satu pantun lama

“Sorong papan tarik papan,

Buah keranji dalam perahu,

Suruh makan dia makan,

Suruh mengaji dia tak tahu,” tulis Aidil

 

Pasangan Aidil dan Fasha berkahwin pada 28 mac 2019 dan selepas mengalami kegvguran, Fasha dan Aidil menerima kehadiran cahaya mata pertama mereka, Aisha Amaira.

Melalui perkahwinan Fasha sebelumnya, dia mempunyai dua orang cahaya mata, Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemaima.

 

SUMBER: GEMPAK

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*