KUALA LUMPUR: Lebih 40 tahun pengalaman dalam dunia seni namun hanya dibayar RM50 sehari untuk menjayakan satu watak dalam drama. Itu keluhan pelakon, penyanyi dan pelawak, Salih Yaacob yang merasakan seolah-olah dipijak pemain industri apabila menawarkan watak dengan bayaran yang tidak setimpal lelah dan kudrat. Mengakui terkejut, namun jelas Salih, 60, itu adalah realiti industri seni yang semakin tidak menghargai bakat orang lama.
Ya, memang ada produksi menawarkan saya RM50 sehari sahaja untuk berlakon. Itu termasuk kos perjalanan dan lain-lain yang ditanggung sendiri. Kami macam tiada nilai di mata mereka.
“Kita ada maruah dan harga diri. 40 tahun saya dalam industri seni, itu harga yang mereka nilai. Tak apa, lebih baik saya usaha mencari pendapatan lain. Allah itu ada,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Dalam pada itu, Salih yang juga bekas penyampai radio berkata, buat masa ini, dia hanya mencari rezeki seperti berniaga kecil-kecilan dan mengharapkan tawaran daripada produksi yang tahu menghargai bakat orang lama.
Antara Komen Netizen:
Terdahulu, mengulas pendapatan keluarganya, Salih berkata, isteri-isteri dan anak-anaknya kini turut membantu dengan menjalankan perniagaan menjual makanan secara dalam talian.
“Alhamdulillah, rezeki buat kami sekeluarga masih ada dan saya bersyukur dengan ketabahan isteri-isteri berserta anak-anak berganding bahu berniaga bersama,” katanya.
Ditanya mengenai pembabitan semula sebagai penyampai radio, katanya, jika ada peluang dia sedia mempertimbangkan tawaran itu.
“Ikutkan permintaan pendengar, memang ramai yang masih inginkan kemunculan saya berkhidmat menghiburkan mereka di konti radio.
“Cuma, hingga kini saya masih menunggu kalau ada peluang baru. Namun, jika ditakdirkan sudah tiada, saya bercadang membuka saluran YouTube sendiri.
“Saya akui pada usia semakin menjejak senja dan sudah veteran ini, perlu bijak mencari peluang dengan berbekalkan pengalaman dimiliki,” katanya.
Salih berkata, dia juga tidak malu menjalani kehidupan sekarang bersama keluarga besarnya dalam keadaan serba sederhana dan sekadar mencukupi.
“Apapun, saya tetap mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada Sinar FM kerana peluang diberikan selama ini,” katanya.
Salih pernah berkahwin empat dan hasil daripada perkahwinan itu pelakon filem Jejaka Perasan ini dikurniakan 13 anak.
Pun begitu, pada 2015 lalu Salih bercerai dengan isteri keduanya iaitu Nor Raha Hamad, 50, selepas 23 tahun hidup bersama dan memiliki lima anak.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! TTK
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber: Utusan Via HMetro
Leave a Reply Cancel reply