PRIHATIN dengan nasib mangsa banjir di beberapa negeri, ramai selebriti mengambil kesempatan menghulurkan sumbangan peribadi bagi meringankan beban mereka yang terkesan dengan bencana alam itu.
Salah seorang selebriti yang turut melakukan inisiatif itu ialah penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahira yang mengumpul baju-baju terpakai untuk diserahkan kepada mereka yang memerlukan.
Selain sumbangan makanan dan minuman, Shahira atau lebih mesra disapa Shiera berkata dia juga memberikan bantuan berupa pakaian dan seluar dalam untuk mereka yang memerlukan.
Susulan bencana banjir melanda di beberapa negeri, ramai selebriti tampil menghulurkan bantuan sumbangan bagi meringankan beban m4ngsa terlibat.
Pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahira turut melakukan inisiatif mengumpul baju terpakai untuk diserahkan kepada mereka memerlukan. Selain makanan dan minuman, Shahira turut memberi bantuan pakaian dalam.
“Ni cakap terus terang ya, seluar dan baju dalam baharu saya nak kena beli sebab sangat diperlukan. Aku nak kena pergi beli, saiz nasiblah main beli ni, ke banyak saiz XL ke atas, L faham sangat.
“Benda dah terdesar nak pakai, saya sumbang lain daripada lain sebab itu pun benda penting. Seluar dan bra di mana murah nak cari ni, borong dekat mana.
“Itu pun saya campur duit korang bagi beli air dan barangan dalaman. Nak gelak, gelaklah, tapi ini sangat penting,” tulisnya.
Sebelum itu Shiera berkongsi rakaman dia mengumpul baju-baju terpakai untuk diserahkan pada mangsa banjir di sekitar kawasan Pahang.
“Ramai sangat DM kita nak hantar baju ke Pahang. Tapi saya kena hubungi NGO yang ke sana untuk ambil, memandangkan respon ramai sebab itu buat sendiri, suruh sepupu dan kawan kita bantu.
“Saya kena kerja, Sabtu baru turun. Yang penting kita semua doakan bagi cepat reda dan dipermudahkan segala urusan. Terima kasih Malaysia yang sangat prihatin,” ujarnya.
VIDEO:
Dalam satu perkongsian sebelum ini, Shahiera ada berkongsikan video di mana dia mengumpulkan baju-baju terpakai untuk diserahkan kepada m4ngsa banjir di sekitar kawasan Pahang.
Pada pagi Khamis, media tempatan melaporkan keadaan banjir di Pahang, Kelantan, Terengganu dan Perak bertambah buruk berikutan hujan lebat yang masih berterusan menyaksikan jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri terlibat terus meningkat.
Di Pahang jumlah mangsa banjir terus meningkat melibatkan 24,257 mangsa yang ditempatkan di 281 pusat pemindahan di sembilan daerah negeri ini.
Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan daerah Temerloh mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 5,764 diikuti Maran (5,275), Kuantan (3,461), Lipis (2,551), Jerantut (2,455), Raub (2,182), Rompin (986), Pekan (859) dan Bera (724).
Sumber : Rotikaya, mstar
Leave a Reply Cancel reply