Nama Marsha Milan, 35 sememangnya sudah tida asing lagi dalam dunia seni Tanah Air. Selain daripada menyanyi, Marsha turut aktif bergelar pelakon dan juga pengacara.
Selebriti kelahiran Sabah ini sudah hampir enam tahun mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan dikenali sebagai Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail apabila bernikah pada 31 Disember 2015.
Walaupun masih hidup berdua, mereka tetap dilihat bahagia dan tidak terlalu memikirkan mengenai cahaya mata walaupun ramai yang mengharapkan mereka segera memperoleh zuriat.
Perut ada baby bump?
Menerusi perkongsian Marsha yang terbaru di Instagram, dia telah memuat naik gambarnya sambil memegang perut.
Hal ini sudah tentu bakal membuatkan netizen mengandaikan dia sedang berbadan dua. Namun, bekas peserta Akademik Fantasia musim ketiga ini meminta agar orang ramai tidak salah faham kerana dia hanya kekenyangan.
Tak hamil pun, cuma kekenyangan
Marsha juga sempat berseloroh supaya netizen tidak bertanyakan perihal sama ada dia hamil atau pun tidak kerana sedari awal dia sudah menafikan hal tersebut.
Ngandung ke tak yang penting sihat
Walau bagaimanapun, menerusi ruangan komen, rata-rata peminat tetap mendoakan agar penyanyi itu diberi rezeki cahaya mata tidak lama lagi dan memintanya agar tidak putus berdoa untuk keharmonian rumah tangga serta kebahagian bersama suami tercinta.
Inn shaa Allah ada rezeki tak lama lagi
Mudah-mudahan suatu hari nanti
Penangan 2 pinggan nasi
“Congrats in advance..”
Sumber: Marsha Milan
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : https://www.motifviral.dnqj.my/2021/01/07/per0t-nmpak-baby-bump-marsha-milan-n4fi-h4mil-cvma-kekeny4ngan/
Leave a Reply Cancel reply