5 Tahun Kahwin, Nabila Huda Baru Sempat Lakukan Perkara Ini Bersama Keluarga Mentua

Pelakon Nabila Huda akhirnya berkesempatan untuk bercuti bersama keluarga mentua selepas lima tahun mendirikan rumah tangga bersama Mohd Izwan.

Kongsi Nabila, dia kini punyai kelapangan waktu daripada kerjayanya dan kesempatan itu dimanfaatkan untuk meluangkan masa bersama.

“Ha tu dia ibu mentua dan ipar saya. Kalau korang nak tahu, ini merupakan percutian pertama kami selepas lima tahun berkahwin.

“Kasihan kan keluarga mentuaku dapat menantu Nabila Huda asyik sibuk,” tulisnya menerusi akaun Instagram.

Abil yang kini bercuti di sebuah villa mewah di Negeri Sembilan turut berkongsi foto-fotonya bersama suami dan anak perempuannya, Keisha Laila.

Justeru ada melihat hikmah di sebalik pandemik Co vid-1 9 bagi memberikan peluang kepada Abil meluangkan lebih banyak waktu bersama keluarga

“Ada hikmahnya Co vid-1 9 ni. Abil slow down dah sikit kesibukan itu jadi dapat bersama dengan keluarga akhirnya,” tulis salah seorang pengguna.

Abil dan Izwan mendirikan rumah tangga pada 25 Disember 2015.

 

Sumber: Gempak, Ig @kupu_kupu

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*