Faye Kusairi Dedah Wajah Dan Nama Anak

Pelakon Faye Kusairi mendedahkan nama dan wajah cahaya mata keduanya buat kali pertama. Faye atau nama sebenarnya Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi memilih nama yang ringkas dan indah iaitu Asha Azmi.


Nama anak keduanya itu dikongsi Faye menerusi kemas kini terbaharu di akaun Instagramnya hari ini. Selain nama, entri tersebut juga turut disertakan dengan video comel Asha yang sedang tersenyum.

“Assalamualaikum semua… Kenalkan, ahli keluarga baru kami. Our little angel, Asha Azmi, adik kepada Alif Azmi.

“Asha still jaundice tapi semalam check, reading dah turun sikit. Alhamdulillah… Terima kasih semua yang mendoakan Asha dan Mommy.

“Moga-moga kalian dibalas dengan segala kebaikan di dunia dan akhirat serta di rahmati oleh Allah S.W.T. Amin!” tulisnya.

Faye dan pengarah drama Azmi Hatta berkahwin pada 9 April 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Alif Azmi yang kini berusia 2 tahun.

Terdahulu, Faye sebelum ini mengalami penya.kit Bell Palsy atau lum.puh sebelah muka berpunca daripada kehamilan.

Sekadar info: Bell Palsy merupakan sejenis kelum.puhan otot pada sebahagian wajah kerana sa.raf atau otot muka berhenti berfungsi. Antara simptomnya adalah senget di bahagian sebelah muka dan mulut tidak simetri.

Perkongsian Faye itu mendapat perhatian daripada warganet.

 

Sumber: Gempak, Ig @fayekusairi

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*