“Ada Satu Buku Biologi Cerita Cara…” – Dr Say Dedah Rancang Keluarganya Guna Ilmu Buku Biologi Tingkatan 4

Seiap pasangan suami isteri pasti mahu dikurniakan cahaya mata.

Tidak cukup seorang, hasrat untuk menambah seri dalam keluarga dengan bilangan anak yang lebih ramai tentunya ada dalam perancangan.

Selepas isteri mengalami kegvguran pada Ogos lalu ketika usia kehamilan 12 minggu, seorang doktor popular ini terus melangkah ke hadapan dengan harapan besar.

“Doc nak berapa anak? Antara soalan yang agak kerap saya dapat masa Q&A (soalan dan jawapan) tempoh hari was this. Siap awal-awal cakap tak nak jawapan ‘bergantung rezeki’ doc.

“Jawapannya saya nak tiga. Tak tahu kenapa tapi tiga sound perfect, mungkin sebab saya tiga adik-beradik. Saya ada dua kakak dan saya yang bongsu,” tulis Dr Muhammad Shazril Shahruddin di laman instagram beliau.

Dr Say (kiri) bersama isteri, Dr Azura (tengah) dan anak mereka, Ace.

Saat diajukan soalan yang sama kepada isteri, Dr Azura Abas, jawapan yang sama turut diberikan iaitu tiga anak walaupun isterinya itu mempunyai enam beradik.

Walaupun anak merupakan anugerah Tuhan dan amat berkait rapat dengan rezeki, namun beliau yang lebih dikenali sebagai Dr Say mengakui kemahuan itu perlu disertakan dengan usaha.

“Semuanya bergantung rezeki tapi kalau tak usaha, rezeki tu definitely tak datang betul tak? Takkan la gelak-gelak, cuit-cuit poof terus mengandung bini saya betul tak?

“Perlukan keazaman yang rendah dan timing (masa) yang bersesuaian, betul tak? Bini saya gvgur empat bulan dah. Ace pun setahun tujuh bulan dah. Maka masa untuk keazaman rendah dan timing bersesuaian pun tiba dah,” katanya yang merujuk kepada anak lelakinya berusia lebih setahun, Aezril atau lebih mesra dengan panggilan Ace.

Sehubungan itu, Dr Say yang merupakan pengacara program Tanya Doktor dan My Doctors mengharapkan doa pengikutnya agar beliau dan isterinya dikurniakan cahaya mata kedua.

“Kasihan juga tengok Ace keseorangan, maka doakan kami. Ada rezeki insyaAllah pasti mengandung biniku nanti. Yang penting usaha.

Yang sedang mencuba di luar sana, ingat pesan saya, jangan sesekali kalian berputus asa, teruskan usaha kerana nikmat zuriat tu indahnya tak terkata

“Yang sedang mencuba di luar sana, ingat pesan saya, jangan sesekali kalian berputus asa, teruskan usaha kerana nikmat zuriat tu indahnya tak terkata,” ujar doktor berusia 32 tahun itu.

Dalam pada itu, Dr Say menjawab persoalan netizen yang bertanyakan tentang kenapa beliau ‘memerlukan azam yang rendah’.

Mengimbas kembali subjek Biologi yang dipelajarinya sewaktu tingkatan empat, beliau berkata, terdapat buku yang menerangkan tentang perancangan keluarga.

“Ada satu buku Biologi cerita cara rancang keluarga adalah dengan ‘bvang luar’ atau ‘kuah asing’. Tapi buku biologi tu tambah lagi ‘akan tetapi cara ini tinggi kadar kegagalannya kerana ia memerlukan keazaman yang tinggi’.

“Lepas kahwin baru saya tau apa yang buku biologi tu maksudkan dengan memerlukan keazaman yang tinggi untuk kuah asing. Maka kalau nak dapatkan anak, pastikan keazaman anda rendah ya wahai para suami,” ujarnya secara berseloroh.

 

Sumber: Mstar, IG @say_shazril

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*