Tak Jadi Kahwin, Renggo Arrow Tebar Roti Canai Tampung Keluarga

Penyanyi kumpulan Arrow, Renggo atau nama sebenarnya Mohd Zain Ramli, 51, kini meneruskan kelangsungan hidup dengan mengusahakan perniagaan roti canai di Pasir Puteh, Kelantan sejak sebulan lalu. Berkongsi kepada AWANI, kata Renggo dia terpaksa keluar dari Kuala Lumpur apabila perniagaan kedai makan dan roti canainya di Kepong terkesan kerana persaingan perniagaan.

Dalam mengintai peluang perniagaan di Pantai Timur, Renggo pada mulanya memilih Terengganu untuk bertapak.

“Saya duda ketika itu … dapat seorang wanita yang sudi nak bersuamikan saya di Terengganu, katanya mahu duduk Terengganu bersama wanita itu, takdir Allah tak jadi nikah, batal nikah tak ada jodoh.

“Tak jadi nikah saya buat keputusan pindah ke sini Pasir Puteh, tengok kedai di Sungai Petai ini sesuai, selepas bincang dengan bapa saudara di sini, saya buat keputusan bertapak di sini,” kata vokalis Arrow, kumpulan yang sinonim dengan lagu, Aku Tak Marah itu.

Pilihannya bertapak di Sungai Petai dirasakan tepat, apatah lagi kehidupan di situ aman, tenang dan mempunyai ruang masa.

“Di Kelantan ini tanah dia sejuk, tak berapa bimbang dalam soal sosial anak anak, bahkan beliau menyasarkan untuk berada di kampung kerana bukan sasarannya untuk capai sesuatu yang luar kemampuannya” katanya.

Difahamkam, hasil jualan roti canai Renggo laris terjual antara 200 hingga 250 keping setiap hari.

Bercakap mengenai bidang nyanyian, Renggo berkata, kerja sebagai penyanyi tidak terhenti sebaliknya beliau meneruskan minatnya itu.

Baru-baru ini, Renggo telah melancarkan single album terbaharu berjudul Kekasih Syurgawi yang sudah mula berkumandang di saluran YouTube.

“Lagu ini saya buat khas untuk semua wanita, tidak kira kategori apa, janda ke, ibu ke, dara ke, lagu ini sudah mula mula bermainndi corong radio” katanya

 

 

Sumber : Astro AWANI// Vivi Sumanti via Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*