Noraniza Idris Jumpa Michael Ang, Ini Yang Berlaku

Selain kejutan lamaran Kamal Adli terhadap teman wanitanya, pelakon Uqasha Senrose, Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME2020) turut menjadi saksi penamat perseng ketaan di antara pengarah, Michael Ang dan Ratu Etnik Kreatif, Noraniza Idris.

Kedua-dua selebriti itu mengambil peluang untuk saling bermaafan di pentas AME2020 yang bersiaran langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam Ahad.

Menurut Michael Ang, sejak dari awal lagi dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk bertemu Noraniza.

Bagaimanapun pengarah itu mengakui tidak selesa apabila statusnya sebagai mualaf dipermainkan oleh peminat penyanyi tersebut.

“Saya sebenarnya tidak ada masalah untuk bertemu dengan dan minta maaf dengan Kak Ani (Noraniza), mungkin cara saya ka sar dan kelihatan seperti ada masalah personal (dengan Kak Ani).

“Tetapi apabila saya meluahkan pendapat di Twitter, ia adalah luahan jujur sebagai seorang peminat program realiti dan bukannya sebagai rakan seindustri.

“Lepas ini, rasanya saya tak akan berhenti berkongsi pendapat jujur itu pada masa akan datang sebab orang pun tahu mulut saya macam mana kan, ” katanya kepada mStar.

Sementara itu, Noraniza menjelaskan, hasratnya untuk bertemu Michael bukanlah untuk berga duh atau berti kam lidah, sebaliknya dia hanya ingin mengenali peribadi pengarah drama itu secara lebih dekat.

Pelantun Dikir Puteri itu menyatakan dia sudah menjelaskan kepada peminatnya agar sentiasa menjaga tutur kata dan tidak menyenntuh 1su-1su sen sitif dalam memberikan sebarang komen di media sosial.

“Saya nak jumpa Mike (Michael) sebab nak lihat orangnya bagaimana. Ada orang kita tengok dia lantang berkata-kata tapi hatinya tidak begitu seperti Azwan Ali.

“Bila saya jumpa Mike, ternyata orangnya baik. Jadi saya ingin memohon maaf secara terbuka kepada Michael atas segala apa yang berlaku sebelum ini.

“Saya juga sudah mene gur peminat saya mengenai perkara ini dan pastikan mereka mengawal tutur kata serta tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sen sitif seperti isv ra sis, ” jelasnya.

Terdahulu, pada peringkat separuh akhir konsert Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7), Michael dilihat lantang memberikan komen persembahan Bollywood yang dinyanyikan oleh Noraniza.

Sehubungan itu, Noraniza meluahkan hasrat ingin bersemuka dengan pengarah itu selepas tamat program berkenaan.

Lebih mengeruhkan keadaan apabila seorang pengguna Facebook yang merupakan peminat Noraniza telah menyentvh isv status mualaf Michael dan mempersoalkan tujuan utamanya memelvk agama Islam kerana ingin mendapatkan simpati dan populariti daripada masyarakat.

 

 

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*