“Syukur Alhamdulillah Saya Ada Terima Tawaran…” – Hannah Delisha Tak Risau Soal Rezeki Selepas Berhijab

Pelakon dan penyanyi Hannah Delisha, 24, menyatakan dia pernah terfikir soal rezeki selepas membuat keputusan untuk berhijab pada September lalu.

Walaubagaimanapun, Hannah atau nama sebenarnya Hannah Adlina Blackburne Birch berkata dia percaya dengan ketentuan Allah.


“Saya pernah terfikir adakah akan terganggu sesetengah kerja selepas membuat keputusan berhijab?

“Tetapi bila fikir balik apa yang penting saya berhijab untuk siapa? Untuk Allah.

“Rezeki pun datang dari Allah. Dia yang tentukan dan izinkan rezeki datang kepada kita. Jadi saya tak perlu risau.

“Yang penting saya dah buat kerja sebagai hambaNya dan berasa lebih tenang,” katanya kepada Gempak.


Hannah ditemui ketika majlis pelancaran Vida Vitamin C sekaligus memperkenalkan dirinya sebagai duta di Pavilion, Kuala Lumpur, tengah hari tadi.

Dalam pada itu, pelakon drama Mencintaimu Mr. Photographer mendedahkan dia ada menerima tawaran daripada satu jenama tudung terkemuka.

“Saya tak nak tertekan sangat fikir pasal rezeki. Dari dulu saya selalu berserah pada Allah.

“Syukur alhamdulillah saya ada terima tawaran daripada satu jenama tudung terkemuka. Saya akan bagitahu lebih lanjut nanti,” katanya lagi.

 

 

Sumber: Gempak, Ig @hannahdelisha

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*