Pasangan bintang realiti Akademi Fantasia, Khai dan Rosma mengakui mereka bangkit selepas kerap diper li atas kekurangan diri masing-masing.
Kongsi Khai menerusi ciapan di Twitternya, dia pernah diperli artis miskin hingga nekad untuk memperbaiki diri dan kehidupan menjadi lebih selesa.
Malah, isterinya Rosma juga pernah berdepan situasi tiada pihak yang mahu menaja pakaiannya selepas keluar dari Akademi Fantasia kerana masalah berat badan.
“Dulu isteri saya kena per li sampai tak dapat tajaan masa keluar AF sebab itulah dia nekad nak kurus!
“Saya pula dulu kena per li artis miskin sebab itulah saya nak berjaya dan kaya.
“Jadi, perli itulah punca kami semangat nak berubah! Terima kasih. Lepas ni jangan ma rah kalau ada orang per li-per li tau,” tulisnya.
Mengulas lebih lanjut Khai akui, persepsi masyarakat itu menjadi dorongannya untuk berubah ke arah lebih positif.
“Manusia perlu ada dorongan untuk berubah, kadang-kadang dorongan yang positif itu tak memberi kesan sebab masih lagi dalam zon selesa.
“Bila datangnya dorongan yang negatif, tiba-tiba kita akan terkeluar dalam zon selesa itu sekejap sebab dalam kema rahan (dorongan negatif bermaksud PER LI bukan BU LI).
“Masa dalam kema rahan itulah terus nekad berubah kearah yang lebih baik bukan sebaliknya,” tambahnya.
Khai dan Rosma mendirikan rumah tangga pada April 2008 dan dikurniakan tiga cahaya mata, Muhammad Amzar Danish, 10, Nur Amani Damia, 5, dan Nur Alya Dhania, setahun.
Sumber: Gempak, Ig @khai_rosma
Leave a Reply Cancel reply