Penyanyi Naim Daniel meluahkan ucapan terima kasih kepada semua yang telah memberikan sokongan terhadap dua lagunya, Sembah dan Adakah Kau Menungguku yang berentap di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik 35 (SFMM35).
Menerusi laman sosial Instagram, Naim memuat naik sebuah video sedang mengelap trofi juara Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-34 yang dimenanginya tahun lalu untuk tatapan umum.
“Terima kasih semuanya, tahniah kepada finalis, moga Allah bersama kalian selalu! Assalamualaikum,” tulis Naim di ruangan kapsyen.
Dua lagu Naim, Sembah bersama Man Keedal hasil ciptaannya sendiri bersama Iqie Hugh dan Adakah Kau Menungguku bersama Tuju karya Naim, Adib Hamdi dan Tuju tidak tersenarai sebagai 12 lagu yang mara ke peringkat akhir.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargamaya meluahkan rasa kece wa mereka apabila dua karya Juara AJL34 itu langsung tidak terpilih oleh barisan juri yang diketuai oleh komposer Azmeer.
Malah, ramai yang turut memberikan kata-kata semangat pada Naim untuk tidak berse dih dan sentiasa terus berkarya.
Pada saringan terakhir yang diadakan pada malam tadi, 12 lagu layak ke AJL35 antaranya Semalam nyanyian Aina Abdul, Gila (Kaka Azraff, Noki dan Tuju), Hutang (Floor 88), Eh (Zizi Kirana) dan banyak lagi.
AJL35 dijadualkan akan berlangsung pada 7 Februari depan secara lansung di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Sumber: Gempak, Ig @naimdanielx
Leave a Reply Cancel reply