“Berat… Allah SWT Sahaja Yang Tahu…” – Air Mata Aishah Gugur Lagi

Penyanyi Aishah menitiskan air mata apabila mengetahui lagu nyanyiannya semasa separuh akhir Muzik-Muzik ke-35 (SFMM35) berjudul Aku Bidadari Syurgamu berjaya melayakkan diri ke pentas Anugerah Juara Lagu (AJL35), tahun depan.

Aishah berkata dia akan berdepan tugas berat untuk menyanyikan lagu itu di AJL35 kelak, lebih-lebih lagi selepas persembahannya semasa SFMM35 menerima pelbagai kriti kan daripada netizen.

“Malam ini gugur lagi air mata saya, gembira untuk komposer dan penulis lirik Aku Bidadari Syurgamu. Air mata ini juga mengenangkan sama ada adakah pisang akan berbuah dua kali?

“Berat… Allah SWT sahaja yang tahu tapi saya yakin doa orang terani aya tiada hijabnya, hanya dia yang tahu segalanya.

“Tahniah komposer Ippo Hafiz dan penulis lirik Siti Rosmizah Semail karya Aku Bidadari Syurgamu mara ke AJL35,” katanya menerusi laman Instagram.

Aishah tulis luahan di Instagram.


Lagu nyanyian asal Datuk Seri Siti Nurhaliza itu antara 12 lagu yang layak ke pentas AJL35 yang dijangka akan berlangsung pada awal tahun depan.

Lagu lain yang turut layak ialah Hati nyanyian Hael Husaini, Peluang Kedua (Nabila Razali) Beleng gu Rindu (Datuk Jamal Abdillah, Wany Hasrita), Eh (Zizi Kirana), Gundah (Ernie Zakri) dan Giila (Kaka Azraff, Loca B, Noki).

Selain itu, Jangan Khia nati Aku (Azlan & The Typewriter), Semalam (Aina Abdul), 7 Nasihat (Shiha Zikir, Kmy Kmo, Luca Sickta) dan Kau Sa kiti (Amir Masdi).

Sementara itu, juara program Gegar Vaganza musim keempat ini berkata dia sering menangis apabila mendengar lagu Aku Bidadari Syurgamu itu kerana teringatkan perjalanan hidupnya sebagai seorang isteri.


“Banyak makan air mata saya dengan lagu ni. Mula-mula dengar lagu ni, memang banyak kali air mata jatuh terutamanya bahagian ‘Seandainya aku yang pergi dulu…’ saya selalu cakap benda yang sama kepada abang (suami). Kenapa saya kata begitu kerana seorang isteri yang pergi dulu dalam keredaan, doa dan keampunan suaminya sangat mudah jalannya ke syurga.

“Anda pun tahulah segala haru biru selepas persembahan saya dalam lagu ini yang membuatkan lebih banyak air mata saya yang jatuh ke bumi. Air mata yg jatuh tak bererti lemah, sekadar mengingatkan kita yang kita hanya manusia yang ada hati dan perasaan,” ujarnya.

Pada 21 November lalu, Aishah menyanyikan lagu Aku Bidadari Syurgamu menggantikan penyanyi asal Siti Nurhaliza.

Bagaimanapun, persembahan Aishah menerima pelbagai reaksi penonton termasuklah komen yang berpendapat lagu tersebut tidak dibawa dengan baik dan tiada penjiwaan.

 

 

Sumber: Mstar, Ig @aishahjmm

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*