Tanaman Hiasan Antara 5 Benda Harus Dijemur, Ini Sebabnya!

Bukan hanya pakaian yang perlu dijemur di bawah sinaran matahari sebaliknya terdapat benda lain yang sering dipakai di dalam rumah pun perlu dijemur.

Ini kerana sinaran ultraviolet atau UV dapat membvnuh kuman serta bakteria yang melekat padanya.

Apa sahaja benda yang perlu dijemur di bawah sinaran matahari selain pakaian?

1. Tilam

Seiring dengan peredaran masa, semua jenis benda menji jikkan akan terkumpul pada tilam termasuk debu, habuk, ku man serta peluh daripada badan.

Gabungan ini menjadikan tilam kotor dan berbau busuk. Oleh itu, apabila matahari bersinar, ambil kesempatan untuk jemur tilam.

Menjemur tilam selama tiga ke empat jam sudah mencukupi untuk mema tikan semua kuman dan bakteria yang melekat padanya.

2. Bantal

Seperti tilam, bantal juga tempat ku man membiak ditambah dengan peluh serta air liur yang melekat.

Lebih baik jika anda mencuci bantal itu terlebih dahulu sebelum menjemurnya di bawah sinaran matahari.

3. Duvet (pelapik tilam)

Duvet digunakan untuk melindungi tilam agar ia tidak kotor. Jadi sebab itu, duvet perlu dicuci sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Tidak hanya mencuci seperti biasa, jemur di bawah sinaran matahari bagi mengembalikan kesegarannya.

4. Permaidani

Jika kita boleh lihat dengan mata kasar kekotoran pada karpet, pasti kita berasa geli untuk memijak atau duduk di atasnya.

Oleh sebab itu, jadikan rutin menjemur permaidani anda. Sebelum jemur, apa kata vakum dahulu karpet anda agar habuk tidak berterbangan ketika anda mengangkatnya.

5. Tanaman hiasan

Tanaman hiasan di dalam rumah cukup popular ketika ini namun berapa ramai daripada kita yang meletakkannya terkena sinaran matahari?

Sinaran matahari sangat penting buat tumbuhan agar ia tidak mudah layu dan akhirnya ma ti. Pastikan juga anda meletakkan tumbuhan ini di ruangan yang mudah mendapat cahaya matahari.

 

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*