Susulan tindakan aktres Datin Umie Aida berkongsi secara terbuka mengenai anjing jalanan, Blackie telah membuatkan segelintir pengikut berasa kurang senang.
Walau bagaimanapun, tegas Umie, dia hanya memberi makanan kepada anjing tersebut.
“Bagi makan anjing yang lapar maknanya saya bela anjing? Dalam Islam kita kena berguru.
“Baru kita betul-betul faham hvkum. Jangan kita ambik terus dari Internet. Maaf teguran saya,” tulisnya di ruangan komen Instagram (IG).
Baru-baru ini, seorang netizen menegur Umie Aida dengan mengatakan anjing boleh dibela sekiranya untuk di kawasan kebun.
“Kak pun sama ikut lah Sunnah. Jangan bela anjing kecuali kalau nak jaga kebun. Ingat mengingatkan. Tahniah dapat menantu,” tulis pemilik akaun @adzerbaijan.
Sementara itu, pemilik nama Umi Khalsum Rahmad Ali ini memilih untuk mem4dam komen nega tif itu daripada platform media sosial miliknya.
“Saya dah padamkan komen dan bl0ck v1rus. Biar pengikut saya sikit, yang penting ikhlas dan jujur.
“Bukan ramai pengikut tapi penuh dengan v1rus,” tulisnya lagi.
Sumber: Gempak, Ig @umieaida9
Leave a Reply Cancel reply