Sejarah Tercipta! Wanita Berd4rah Kacukan Malaysia-Vietnam Bergelar Datuk Bandar Termuda Di California

Sejarah tercipta di bandar raya Eastvale, California apabila seorang wanita muda berketurunan Asia dilantik sebagai Datuk Bandar.

Lebih membanggakan, Jocelyn Yow, 25, juga mempunyai dar4h Malaysia di sebelah bapanya, manakala ibunya pula berasal dari Vietnam.

Ibu bapanya berpindah ke Amerika Syarikat (AS) pada tahun 1990-an.

Yow yang juga ibu kepada seorang bayi lelaki berusia enam bulan dalam catatan di Instagram menyatakan bahawa dia bangga berketurunan Malaysia-Vietnam-Cina-Amerika.

“Ayah saya berhijrah ke sini (AS) dari Malaysia pada tahun 1980-an untuk melanjutkan pelajaran dan masa depan yang lebih baik.

“Pada tahun 1996, kami terpaksa berpindah ke Malaysia ketika datuk saya didiagnosis menghid4p bar4h, dan akhirnya saya menghabiskan lebih dari 10 tahun di sana (Malaysia), yang membolehkan saya belajar lebih banyak mengenai sejarah, warisan dan budaya keluarga kami.

“Saya bangga dilahirkan sebagai anak perempuan kepada ibu bapa saya, dan saya bangga menjadi orang Malaysia-Vietnam-Cina-Amerika,” katanya dalam perkongsian di laman itu. Malah dia juga berkongsi gambar mengenakan baju kebaya berwarna hitam.

Yow secara rasmi mengangkat svmpah pada minggu ini sebagai Datuk Bandar, menjadikannya wanita termuda yang pernah dilantik sebagai Datuk Bandar di California.

Yow dipilih ke Majlis Bandaraya Eastvale pada tahun 2018 dan berkhidmat sebagai Datuk Bandar sementara.

Menurut CBS Los Angeles, Yow adalah lulusan Norco College dan UC Berkeley dan kini sedang melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana di Harvard Extension.

Dia telah berkhidmat sebagai wakil daerah untuk Senat California dan juga sebagai pembantu bagi Dewan Perwakilan Amerika Syarikat. – THE STAR

 

 

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*