Risau Dengan Keadaan Elyana, Ini Yang Netizen Lakukan

Pelakon dan penyanyi Elyana yang mengh1dap k4nser limf0ma tahap 4 mengakui dirinya kini mengalami masalah kurang selera makan.

Situasi itu secara tidak langsung memberi kesan kepada bentuk badannya yang kelihatan agak susut.

“Setiap hari saya struggle (susah) nak makan disebabkan oleh masalah selera .

“Tapi, nak hidup perlu makan okay,” katanya menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Luahan Elyana itu kemudian menerima pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya.

Rata-rata netizen bimbang dengan keadaan pelantun lagu Tak Tercapai Akalmu itu sekiranya berterusan sebegitu.

Bahkan, ramai yang kemudian tampil memberikan saranan kepadanya mengenai cara membangkitkan semula selera makannya.

Bahkan, ada juga yang menasihati Elyana untuk ‘paksa’ diri untuk makan.

Bagaimanapun, ramai yang mendoakan agar Elyana segera sembuh seperti sediakala.

Terdahulu, menerusi laporan sebuah akhbar, Elyana memaklumkan bahawa sel-sel k4nser yang ada pada badannya sudah mereka ke bahagian lain termasuklah hati, rahim dan pangkal paha.

Ekoran tahap kesihatannya yang tidak mengizinkan, Elyana yang kini seberat 40 kilogram sahaja terpaksa menangguhkan proses kemoterapinya.

Difahamkan, kali terakhir Elyana menjalani kemoterapi pada 2016.

Sebelum ini Elyana mendedahkan mengenai peny4kitnya yang sudah dialami sejak 10 tahun itu selepas teringkir pada minggu kelima Gegar Vaganza musim keempat pada 2017.

Elyana mendirikan rumah tangga dengan Khairul Anuar Husin pada 2010.

Pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan Cinta Sumayyah, 9, dan anak angkat, Cahaya Ramadhani yang kini berusia setahun.

 

 

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*