Terpaksa berjauhan dengan anak-anak disebabkan kerja merupakan satu pengalaman yang svkar buat pelakon Datin Diana Danielle.
Menurut iseri kepada pelakon Datuk Farid Kamil ini, setiap kali bekerja dia sentiasa teringat anak-anaknya iaitu Nur Aurora dan Muhammad yang berada di rumah.
“Saya tidak boleh berjauhan daripada anak-anak. Tiada seorang ibu yang gembira dalam satu malam tanpa mereka. Waktu saya untuk bersendirian hanya beberapa jam saja.
“Sukar untuk mengaku sebab saya tak suka orang clingy tapi saya pula jadi macam itu sekarang. Kembali bekerja dan berada di set sentiasa menjadi benda yang paling svkar untuk dilakukan.
“Walaupun saya suka skrip, jalan cerita dan semuanya tapi dalam masa beberapa hari sebelum kerja, saya akan menangis (inside), rasa berat dan bersalah cukup dalam hati.
“Setiap hari seperti bila nak habis… nak ajar Aurora melukis ikan dan nak tolong Momad siapkan kerja sekolah atau nak tukar susunan bilik mereka (lagi),” katanya.
Pelakon drama Syurga Untukmu itu berkongsi perkara tersebut menerusi laman Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Diana memberitahu em0sinya juga akan terganggu dan berasa tidak mahu bekerja setiap kali merindui dua orang anaknya.
“Selalunya, selepas setiap projek, saya akan berehat untuk sekurang-kurangnya sebulan, baru boleh pujuk hati untuk kerja balik. Bila saya depress rindu anak, teruk.
“Saya boleh b4d mood sangat dan tak ada hati untuk kerja. Kalau sebelum C0vid, Aurora dah serupa PA saya dah. Saya angkut saja sebab sama-sama rindu.
“Momad (Muhammad) kadang-kadang (ikut) sebab dah besar tapi dia akan selalu video call tanya bila nak balik,” ujarnya.
Sementara itu, Diana mendedahkan dia akan memperlahankan kerjaya seninya pada tahun hadapan bagi meluangkan masa bersama keluarga.
“Tahun hadapan, saya nak perlahankan. Saya k0rbankan banyak benda tahun ini. Saya terpaksa mengatasi sesuatu yang sangat meny4kitkan. Banyak masa, usaha dan wang terbuang.
“Jadi, cukup… saya dah selesai satu 1su dalam 2020. Tahun depan Insya-Allah, saya nak jadi ibu yang sentiasa di rumah, baking dan menghias tapi tidak bermaksud saya tidak akan sibuk.
“Saya nak keluarkan lagu, kembali menari, cipta content yang boleh buat anda semua rasa dekat dengan saya. Buat sesuatu yang akan beri saya lebih masa dengan anak-anak saya,” katanya.
Sumber: Mstar, Ig @dianadanielleb
Leave a Reply Cancel reply