Umie Aida Dedah Dirinya Sudah 5 Tahun Bela Anjing Jalanan, Tak Sangka Ini Reaksi Netizen

Kisah aktres Datin Umie Aida yang menjaga seekor anjing jalanan yang diberi nama Blackie mencvri tumpuan peminatnya di media sosial baru-baru ini.

Menerusi platform yang dikongsikan akaun My Forever Doggo, Umie berkongsi ceritanya membela Blackie sejak lima tahun lalu.

“Lama dah, sejak 5 tahun sudah saya menjaganya. Pada suatu hari saya ternampak sekumpulan anjing sedang minum air tepi longkang berdekatan kawasan rumah saya.

“Timbul rasa kasihan jadi saya meletakkan air dalam satu bekas untuk bagi mereka minum.

“Kemudian, pada suatu hari pihak berkuasa datang menangkap mereka namun salah seekor daripadanya terlepas. Blackie lari menyorok tak tahu ke mana dan sampailah sekarang.

“Dia istimewa. Dia sangat menghormati saya, tak pernah datang dekat pun dengan saya, seperti faham saya.

“Malah, dia tak suruh pun saya sentuh dia. Tak kenc1ng di kawasan rumah saya,” cerita Umie.

Sifat keprihatinan Umie itu menjentik hati anak-anaknya agar menyayangi haiwan tanpa prejvdis.

“Saya ajar anak-anak saya menyayangi haiwan. Bila mereka nampak ibu mereka sukakan haiwan, cinta itu datang secara semula jadi.

“Saya tahu, situasi sekarang ramai yang tertekan kerana C0vid-19 dan ekonomi semasa, dan kita tak boleh paksa orang menyayangi haiwan seperti anjing, kucing, burung dan sebagainya.

“Tetapi hargai ciptaan Tuhan kepada kita dan janganlah s3ksa haiwan. Kita respek dunia mereka, mereka akan respek kita,” tegasnya.

Kisah menyentuh hati Umie itu sedikit sebanyak menyedarkan peminatnya untuk tidak meng4niaya haiwan walau apa juga keadaan sekali pun.

Malah, ramai yang memuji kemurnian hati Umie untuk menjaga anjing terbabit dengan caranya tersendiri.

 

 

Sumber: Gempak, Ig @myforeverdoggo

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*