Gadis Sebak Lihat Lelaki Penyayang Depan Mata

Rakaman memaparkan seorang lelaki sedang menguruskan ibunya yang sak1t ternyata mengundang air mata netizen.

Dalam rakaman tvlar yang meraih hampir 100,000 tontonan itu, lelaki berkenaan sedang menyuap makanan kepada ibunya yang sedang terlantar di katil sebuah hospital di Terengganu.

Menurut pemilik video, Umi Qazrina, 24, dia tidak mengenali lelaki itu dan hanya membuat rakaman dari jauh sewaktu berada dalam wad sama untuk menjaga ibunya, Mehrunisah, 58, yang baru sahaja menjalani pemb3dahan kaki.

“Mak saya masuk w4d. Sewaktu berada dalam w4d, saya tertarik melihatnya sebab dia tolong buatkan air untuk mak dia dan suapkan makanan.

“Lap rambut dengan air dan sebagainya. Saya rasa teruja sebab dia anak lelaki tapi dia boleh layan mak dia macam tu.

“Sebab tu saya rakam dan kongsi di TikTok, tak sangka pula v1ral. Lagipun saya rakam senyap-senyap,” ujarnya kepada mStar.

Rakaman ini sudah menerima hampir 100,000 tontonan di TikTok.

Mesra disapa Umi, gadis dari Pengadang Baru, Kuala Terengganu itu mengakui turut sebak melihat sifat penyanyang lelaki berkenaan yang disifatkan cukup bertanggungjawab terhadap ibunya.

Jika berkesempatan, dia juga mahu bertemu lelaki itu dan menceritakan mengenai video yang telah dirakamnya itu.

“Rasa sebak dan terharu sebab dia lelaki, jaga mak dia. Jarang sangat anak lelaki jaga mak dia macam apa yang saya nampak ni.

Untung siapa dapat dia. Mak sakit pun dia layan macam tu apatah lagi isteri kan?

UMI

“InsyaAllah saya nak slow talk dengan tuan yang saya rakam. sebab video dia dah v1ral.

“Masa tengok dia, saya cakap dalam hati. Untung siapa dapat dia. Mak s4kit pun dia layan macam tu apatah lagi isteri kan?

“Tak semua lelaki dapat buat macam dia buat. Macam saya ni jaga mak s4kit juga, tapi saya perempuan rasa normal lah bila kita layan mak kita macam dia layan mak dia tu.

“Sebab dia lelaki, nampak wow, hebat… untung mak dia,” kata Umi lagi.

Dalam pada itu, Umi mengakui keadaan kesihatan ibunya juga beransur pulih.

Ibu Umi dimasukkan ke hospital untuk menjalani pemb3dahan kaki.

Ibunya yang juga penghidap diabetis baru sahaja menjalani pemb3dahan untuk merapatkan tulang sendi pada kaki dan dimasukkan ke hospital itu pada 18 November lalu.

Di kesempatan sama, Umi memohon orang ramai agar turut sama mendoakan kesembuhan ibunya serta ibu lelaki tersebut.

Malah, dia juga sempat menitipkan pesan kepada semua individu agar mencontohi sikap yang dipamerkan lelaki dalam video itu.

“Nasihat saya kepada anak-anak diluar sana, hargailah ibu bapa sementara mereka masih ada di dunia ini.

“Jangan sak1ti hati mereka dengan perbuatan kita. Moga kisah lelaki itu mampu menjadi inspirasi kepada anak-anak muda semua,” ujarnya mengakhiri bicara.

 

 

Sumber: Mstar via Media Viral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*