Banjir Gelombang Ketiga Landa Terengganu

KUALA TERENGGANU: Hujan lebat dalam tempoh enam hingga lapan jam menyebabkan Terengganu dilanda banjir gelombang ketiga dengan sebahagian besar kawasan di daerah ini termasuk di pusat bandar dinaiki air, malam tadi.

Antara kawasan yang terjejas di pusat bandar ialah premis-premis perniagaan di Pasar Payang 2 dan Jalan Syed Hussein di hadapan Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) di samping rumah penduduk seperti di Jalan Kamarudin dan Jalan Tekukur.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Benc4na negeri, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A. Rahman berkata, implikasi hujan lebat bermula pukul 5 petang semalam turut menyebabkan pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka kembali di daerah ini, Kuala Nerus, Marang dan Kemaman.

Katanya, setakat pukul 8 pagi ini seramai 490 m4ngsa daripada 135 keluarga terjejas ditempatkan di 10 PPS termasuk komuniti di Pulau Redang.

“Tidak sampai 24 jam PPS di seluruh Terengganu pada gelombang banjir kedua ditutup, kita dikejutkan dengan hujan lebat yang berterusan hingga kini.

“Paras air laut meningkat dengan drastik malam tadi terutama di pusat bandar kesan daripada julat hujan yang terlalu banyak iaitu antara 170 hingga 180 mm dalam tempoh lapan jam berbanding kelaziman hanya 200 hingga 280 mm yang direkodkan sebulan di samping pertembungan dengan fenomena air pasang besar,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Bagaimanapun, menurut Che Adam, aliran air kembali lancar selepas pukul 2 pagi ini dan sebahagian jalan yang ditutup akibat ditenggelami air malam tadi kembali dibuka pagi ini.

Katanya, am4ran cuaca w4spada di seluruh Terengganu di samping burvk yang melibatkan Setiu dan Besut masih berkuatkuasa hingga kini. – UTUSAN ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*