Pengacara dan pelakon Mat Dan telah mendirikan rumah tangga dengan wanita kelahiran Terengganu, Nadifa Adnan pada Mac 2017.
Hasil perkongsian hidup, Mat Dan sebelum ini dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Zayne Tyler yang kini berusia dua tahun.
Mat Dan yang berasal dari Bristol, United Kingdom itu mula menetap di Malaysia sejak 2009.
Pengacara Haramain Backpackers itu mula mencvri perhatian masyarakat Malaysia dengan kebolehannya menguasai dialek Terengganu dengan baik.
Terbaharu, Mat Dan memperkenalkan nama anak keduanya pada hari ke 20 kelahirannya ke dunia.
Mat Dan atau nama sebenarnya, Mohammad Kareef Daniel Abdullah, 31, berkongsi berita gembira tersebut menerusi satu entri di Instagram semalam.
“Eydan Yusoff bin Daniel James Tyler, lahir pada 7/11/2020. Berusia 20 days old!,” katanya.
Menerusi entri yang sama Mat Dan turut berkongsi foto anaknya sedang menyusu.
Namun wajah putera keduanya masih belum didedahkan sepenuhnya.
Kemas kini tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata memuji nama yang diberikan.
Sumber: Gempak, Ig @mat_dan1
Leave a Reply Cancel reply