Personaliti versatil, Neelofa mengucapkan rasa syukur selepas mengetahui sabahatnya peragawati terkenal dunia Halima Aden meninggalkan dunia peragaan.
Halima pada Rabu lalu telah berkongsi di laman sosial Instastory mengenai keputusannya meninggalkan dunia glamor.
Antaranya dia tidak mahu lagi terlibat dengan penggambaran yang tidak menjaga hijab atau memaksanya melewatkan solat.
Sementara itu Neelofa menerusi hantaran di laman sosial Instagram (IG)nya berkata, persaraan Halima adalah berita paling menggembirakan buat dirinya.
“My favorite headline ever!!! Yess this is goals, Masha-Allah! I am so happy finally,” tulisnya pada sebuah hantaran yang memaparkan berita mengenai keputusan nekad Halima.
Memetik laporan Insider.com peragawati berusia 23 tahun itu turut menyatakan rasa bersalah kerana telah merosakkan kepercayaan aga manya menerusi cara berpakaian.
Malah dia berasa turut kesal kerana pernah terlibat dengan penggambaran meletakkan seluar jeans di atas kepala sebagai pengganti hijab.
“Saya salahkan diri sendiri kerana lebih memikirkan tentang peluang dan tawaran daripada apa yang sebenarnya dipertarvhkan.
“Saya turut menyalahkan industri ini kerana kekurangan penata gaya yang memahami fesyen sebenar wanita muslim,” katanya.
Halima adalah pelar1an warga Somalia yang menetap di Amerika Syarikat sejak kecil. Karier Peragaan Halima mula mendapat perhatian dunia selepas dia menyertai pertandingan ratu cantik Amerika Syarikat.
Selama empat tahun bergelar model, Halima membiarkan sahaja fesyen hijabnya ditentukan oleh penata gaya, begitu juga cara pemakaiannya serta solekan.
Halima turut mendedahkan bahawa ibunya tidak pernah setuju dengan keputusannya untuk menjadi seorang model kerana tidak mahu dia tersasar dari ajaran Allah.
Sepanjang bergelar model, Halima telah muncul di kulit depan majalah Vogue Arabia, Teen Vogue, Elle, dan pernah menjadi model pakaian mandi Muslimah untuk majalah terkenal Sports Illustrated.
Sumber: Gempak, Ig @neelofa
Leave a Reply Cancel reply