Siapa sahaja yang tidak berasa takvt dan g3li apabila ternampak cicak yang tiba-tiba menempel di dinding rumah! Kehadirannya cukup mengganggu malah boleh mendatangkan kekec0han terutamanya bagi yang fobia dengan haiwan ini.
Untuk menghalau cicak daripada menjadikan rumah anda sebagai sarang, terdapat pelbagai cara boleh digunakan.
Berikut adalah lima cara efektif untuk menghalau cicak daripada terus membelenggu hidup anda.
1. Kulit telur
Jika anda memasak telur, kulitnya jangan dibuang kerana ia boleh digunakan untuk menghalau cicak dengan meletakannya di tempat laluannya.
Ini kerana cicak tidak suka dengan bau telur dan akan menjauhkan diri daripadanya.
2. Bawang putih
Aroma bawang putih dapat menghalau cicak kerana baunya cukup dibenci haiwan itu. Caranya mudah, gantungkan beberapa buku bawang putih di dapur atau bilik. Memang cicak tak berani datang dekat.
3. Kopi dan tembakau
Cicak juga tidak gemar akan bau kopi dan tembakau. Jadi apa kata anda campurkan kedua-dua bahan itu dan balut dalam kain nipis. Gantung di tempat yang banyak cicak.
Ia bukan sahaja dapat menghalau cicak tetapi membvnuhnya. Jadi bersedialah untuk mengutip bangk4i cicak.
4. Lada hitam
Taburkan lada hitam di kawasan yang sering menjadi tumpuan cicak dan ia tidak akan menghampiri kawasan itu lagi.
Sumber: Mstar
Leave a Reply Cancel reply