Selangor Cadang PKPD Di Kawasan Tinggi Positif C0VID-19

Selangor bercadang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa lokaliti yang didapati merekodkan kss jangk1tan C0VID-19 yang tinggi.

Memetik laporan BeritaHarian, Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata pihaknya sudah meneliti beberapa kawasan yang wajar dilaksanakan PKPD mengikut kluster yang merekodkan k3s tinggi.

“Petang ini saya akan mencadangkan (dalam mesyuarat khas) mengenai lokaliti terbabit dan setakat ini ada dua kawasan dikenal pasti untuk dilaksanakan PKPD.

“Kerajaan negeri juga bersedia untuk membiayai sebahagian kos operasi (pelaksanaan PKPD) ini sekiranya ia dilaksanakan,” katanya kepada Berita Harian.

Selangor terus merekodkan peningkatan dalam k3s COVID-19 apabila merekodkan 1,623 k3s jangk1tan baharu sekali gus menjadikan k3s aktif terkumpul berjumlah 5,016.

Klang mencatatkan k3s aktif tertinggi iaitu 4,022 diikuti Hulu Langat (424); Petaling (274); Sepang (131); Kuala Langat (80); Gombak (61); Hulu Selangor (12) dan Kuala Selangor (10).

Secara keseluruhan, Selangor merekodkan k3s kumulatif sebanyak 12,576.

Kerajaan baru-baru ini memutuskan sebanyak 28 kilang pengeluar sarung tangan, Top Glove di daerah Klang akan ditutup secara berperingkat susulan peningkatan k3s jangk1tan COVID-19 membabitkan pekerja kilang terbabit.

Amirudin berkata, penutupan kilang Top Glove juga adalah tindakan yang wajar dilakukan kerana kluster berkenaan menyumbang kepada jumlah k3s yang tinggi di negeri ini.

Katanya, PKPD adalah proses yang terbaik untuk mengekang secara terus penu1aran w4bak berkenaan bagaimanapun ia perlu dilakukan secara berpilih.

“Sehingga kini, 5,000 daripada kira-kira 13,000 pekerja kilang berkenaan sudah disaring dan apa yang membimbangkan adalah kebanyakan individu disaring didapati positif COVID-19,” katanya.

 

 

Sumber: Berita Harian
Kredit foto: Faris Hadziq/SOPA Images/Shutterstock

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*