“Merem4ng Bila Melihat Dan Mendengar Keadaan Mereka…” – Ebit Lew

Pendakwah bebas, Ebit Lew berkongsi pengalaman menziarah anggota Pegawai Gerakan Am (PGA) di pusat kawalan sempadan negara, di Perlis.

Menerusi sebuah hantaran di lama sosial Facebook (FB)nya, Ebit Lew berkata sebaik sahaja tiba di pusat kawalan, perasaannya bertukar seb4k apabila pejuang negara minta berkongsi nasihat dan doa.

“Dah lewat semalam dari Hospital Alor Setar terus ke Hospital Perlis dan ziarah pusat-pusat kawalan sempadan.

“Mereka minta berkongsi nasihat dan doa. Seb4k sayv bila mereka kata kami semua terkejut tak percaya ustaz sudi datang ke sini.

“Tengok ustaz buat kami rasa semangat. Terharu peng0rbanan mereka,” katanya.

Dalam ziarah tersebut Ebit juga berkesempatan menjenguk dan melihat sendiri bagaimana anggota pertahanan menjaga sempadan negara siang dan malam.


“Bila lalu sepanjang sempadan negara terasa peng0rbanan PGA ini 24 jam menjaga sempadan negara.

“Sedang kita tidur lena dan makan sedap mereka jaga negara 24 jam. Bergilir kerja tanpa waktu masa.

“Merem4ng bila melihat dan mendengar keadaan mereka. Lalu sepanjang sempadan terasa mereka memang pejuang.


“Lain suasana tempat mereka bertugas. Seb4k dengar kisah saat akhir pejuang negara ini. Menemb4k sehingga habis pelvru dan akhirnya letak senapang di dada. Betapa amanah mereka ini dalam menjalankan tugas.

“Berjauhan dengan keluarga. Sebulan dan lebih duduk dalam hutan ini. Musim PKP ini lagi ada yang langsung tak jumpa anak isteri lagi,” katanya.

Sebelum itu, Ebit Lew sempat meluangkan masa melakukan penghormatan terakhir kepada mend1ang Koperal Baharuddin Ramli yang terk0rban terkena temb4kan ketika bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand.

“Seb4k sayv rasa hati tadi ziarah mend1ang Koperal Baharuddin Ramli yang terk0rban ditemb4k saat menjaga sempadan negara. Seorang lagi ced3ra Koperal Norihan.

“Seb4k mendengar peng0rbanan mereka berjuang. Saya ziarah beri sedikit sumbangan buat keluarga. Mend1ang asal orang asli suku Semelai, Negeri Sembilan. Beliau non-muslim.

“Syukur tadi bersama Ketua Polis Kedah Dato Hasanuddin memberi penghormatan pada pejuang negara.

“Terharu seb4k masa berbual dengan Dato Hasanuddin. Baik dan rendah diri orangnya.  Sebak melihat peng0rbanan Polis, kerja 24 jam. Tiada beza siang malam melainkan cuma ada bulan dan matahari.

“Semoga keluarga kuat dan tabah. Semoga Allah jagakan semua mereka barisan hadapan negara kita,” tulisnya.

 

 

Sumber: Gempak, FB Ebit Lew

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*