Pelawak dan pengacara Jihan Muse memaklumkan dia dan keluarga sudah menjalani ujian saringan C0vid-19 di rumah pada Isnin lalu.
Menurut Jihan pada mulanya dia agak bimbang jika anaknya, Arsalan tidak mampu melalui ujian tersebut.
Pun begitu, Jihan lega kerana puteranya dapat melalui ujian saringan itu dengan baik dan mereka sekeluarga disahkan negatif Covid-19.
“Isnin lepas kami sekeluarga buat covid-19 swab test di rumah. Punyalah kami risau Arsalan tak tahan (ujian swab Covid-19) rupanya ‘terbalik’. Arsalannya steady je.
“Alhamdulilah semalam kami terima keputusan ujian tersebut dan ia negatif. Syukur ke hadrat Allah,” katanya.
Jihan berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian itu, Jihan memuat naik video rakaman ketika ujian saringan tersebut dilaukan ke atas mereka bertiga.
Terdahulu, Jihan did4kwa kononnya tidak menjalani kuarantin kendiri selepas pasangan hosnya, Alif Satar dalam sebuah program yang mempromosikan kereta itu disahkan positif Covid-19.
Sementara itu, Jihan sempat memberikan kata-kata semangat buat sahabatnya Alif Satar yang kini sedang dirawat kerana C0vid-19.
Tambah Jihan sebagai anak seni mereka juga dianggap sebagai barisan hadapan yang perlu menunaikan tanggungjawab kepada kerja di kala pandemik ini.
“Semoga rakan kami @alifsatar cepat sembuh. Begitu juga mereka yang lain yang sedang berjuang me1awan v1rus yang kita tak tahu arah mana datangnya ni. Memang tidak mudah.
“Begitu juga dengan kami di dalam industri tempat kita cari makan ni. Kita juga petugas barisan hadapan dan belakang di bidang kita ini. Ada tanggungjawab yang perlu ditunaikan.
“Semoga rakan-rakan industri semua tabah dan doakan yang terbaik buat semua. Kita betul-betul perlu jaga kita. Bukan sekadar kata. Tapi jaga segala yang perlu dijaga baik yang nampak di depan kaca TV mahupun tidak,” katanya lagi.
Entri tersebut bagaimana pun mendapat perhatian netizen yang mendoakan agar mereka sekeluarga dilindungi.
Komen netizen:
Sumber: Gempak, Ig @jihanmuse
Leave a Reply Cancel reply