Alif Satar Ditudvh Pencetus Kluster Baru, Sekali Pengarah Ini Cerita Perkara Sebenar

Pengarah Shahrulezad Mohameddin menasihati orang ramai agar berhenti daripada terus menuding jari atas ins1den yang berlaku ke atas penyanyi Alif Satar yang disahkan positif jangk1tan Covid-19 sehingga melibatkan ramai pihak terkesan sama.

Menurut Shahrulezad, apa yang terjadi itu bukanlah kehendak sesiapa, sebaliknya hanyalah sebagai satu suratan takdir.

“Salah Alif kah? Bukan! Salah keluarga atau saudara yang menjadi punca dijangk1ti Covid-19 ke? pun bukan. Semua adalah takdir yang tertulis.

“Jadi sudah-sudahlah kita nak menyalahkan itu ini pada Alif atau orang di sekeliling yang terkena sama. Sudah semestinya bukan ini yg kita nak.

“Virvs Covid ni kita bukannya boleh nampak di mata kasar kita. Virvs ini dah berada di sekeliling kita di mana-mana. Dia dah macam selesema dan denggi. Kalau ditakdirkan nak terkena, tetap akan terkena. Kita doakan saja baik-baik sesama kita okay,” katanya menerusi satu entri di Instagram.

Semalam, Alif dilaporkan positif C0vid-19 sehari selepas dirinya membuat persembahan pada sebuah acara hiburan yang bersiaran secara langsung baru-baru ini.

Bahkan, katanya, ins1den tersebut juga secara tidak langsung menjadikan dirinya kembali menjadi paranoid untuk meneruskan pekerjaan di set penggambaran.

“Ikutkan hati abam nak shutdown lagi sebab mereka yang bekerja dengan saya mula paranoid semula, termasuklah saya, tapi rezeki harus dicari kerana ramai kru dan artis abang yang dah berkeluarga.

“Lagipun abam dah terikat dengan kontrak dengan televisyen yang drama abam kena disiapkan pada sekian sekian haribulan. Doakan saja yang baik-baik untuk semua. Tak susah bukan?” pesannya.

Jelasnya lagi, sebagai salah seorang penggiat seni, dia juga mengakui berisik0 sama untuk dijangk1ti berikutan cara kerja mereka yang sentiasa perlu berada dalam kumpulan yang ramai.

Terdahulu, dalam entri berasingan pengarah itu meluahkan rasa terkilan dengan sikap netizen yang mengvtuk penggiat seni yang did4kwa mendorong peningkatan k3s akibat kelonggaran yang diberikan kepada mereka.

Sebelum ini, Shahrulezad turut mengambil insiatif menangguhkan penggambaran dilakukan biarpun kerajaan membenarkan dengan mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan.

 

 

Sumber: Gempak, Ig @budakijat

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*