Hamil Empat Bulan, Isteri Irwansyah Mengidam Sesuatu Yang An3h

Hampir 10 tahun mendirikan rumah tangga, pelakon dan penyanyi Indonesia Irwansyah dan isterinya, Zaskia Sungkar kini sedang menantikan kelahiran cahaya mata sulung mereka.

Kebiasaannya ibu hamil pasti akan mengidam sesuatu. Jika sebelum ini mengidam untuk memijak rumput di rumah adiknya, baru-baru ini isteri Irwansyah mengidam untuk pergi melihat laut serta gunung.


“Alhamdulillah, dia mengidam hanya makanan. Sekarang sudah ada aplikasi online, jadi lebih mudah. Kalau sebelum ini kita perlu keluar rumah untuk beli.

“Tapi ada juga tiba-tiba dia teringin nak pergi ke laut atau gunung. Alhamdulillah dah dapat pergi ke laut, hanya tinggal nak ke gunung saja,” katanya.


Berkongsikan mengenai perubahan sikap isterinya adakalanya Zaskia meminta sesuatu daripadanya dengan menggunakan nada suara sed1kit tinggi. Namun, dia memahami ia adalah faktor perubahan wanita hamil.

“Tak jadi masalah untuk saya. Kalau katakan dia minta sesuatu, nada suaranya agak sedikit tinggi. Tapi saya cakap tak apa la sebab kebahagiannya lebih diutamakan,” katanya.

 

 

Sumber: ROTIKAYA via Sinar Viral, Ig @irwansyah_15

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*