“Cikgu Kata Saya Akan Jual Burger Kalau Terus Menyanyi Rap” – Joe Flizzow

Penyanyi Joe Flizzow mendedahkan guru sekolahnya pernah mengatakan dia hanya akan menjadi seorang penjual burger sekiranya ingin terus bergelar seorang bintang rap.

Bagi Joe atau nama sebenarnya Johan Ishak, 41, ramalan gurunya itu tepat selepas perniagaan burger miliknya telah berjaya memenangi sebuah program yang dianjurkan oleh stesen minyak Shell.


“Semasa di sekolah menengah, seorang guru pernah beritahu saya, saya akhirnya hanya akan menjadi penjual burger untuk meneruskan kehidupan sekiranya saya memilih untuk meneruskan karier sebagai penyanyi rap.

“Ternyata ramalannya betul. Saya merupakan pemenang Realisasikan Impianmu Bersama Shell. Joe’s Burger akan berada di 650 kiosk stesen minyak Shell diseluruh negara tidak lama lagi.

“Terima kasih kepada pihak Shell, Shahiran Huzaini dan seluruh tenaga kerjanya diatas inisiatif ini. Tahniah diucapkan kepada pemenang yang lain juga. Let’s go. Chasing dream sampai jadi,” tulisnya menerusi satu hantaran di Instagram miliknya.

Jelas bekas anggota Too Phat itu lagi, di atas kemenangan tersebut, jenama burgernya, Joe’s Burger akan dipasarkan di hampir 650 kiosk Shell di seluruh negara.


Meninjau ke ruangan komen, ramai rakan selebriti dan wargamaya memberikan ucapan tahniah di atas pencapaiannya itu.

 

Sumber: Gempak, Ig @flizzow

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*