Ramai yang gemar makan kaki ayam, tak kurang juga ada berasa g3li tetapi tahukah anda ia mampu menjadikan kulit anda nampak lebih muda?
Healthline melaporkan 70 peratus kandungan protein kaki ayam mengandungi kolagen selain protein struktur yang memberikan bentuk, kekuatan serta ketahanan terhadap kulit, tendon, otot, tulang dan ligamen.
Terdapat pelbagai bukti menunjukkan kolagen dapat meningkatkan hidrasi, keanjalan dan kepadatan kulit.Kajian diterbitkan menerusi Journal of Medicinal Food pada 2015 turut membuat penilitian terhadap 105 orang wanita yang mengalami masalah selulit selama enam bulan.
Kebiasaannya kaki ayam akan dibuat sup.
Pengambilan kolagen secara teratur sepanjangan tempoh itu berjaya mengurangkan selulit dan kedutan.
Kajian lain terhadap 805 responden lain turut mendapati pengambilan kolagen dapat menyembuhkan lvka dengan cepat.
Sementara itu, selain menjadi sumber kolagen yang baik, kaki ayam juga kaya dengan asid hialuronat yang berperanan penting dalam menjaga kelembapan kulit sekaligus membantu mencegah penuaan kulit.
Kebaikan kaki ayam tidak hanya menjaga kulit tetapi kolagen yang terkandung di dalamnya, malahan mampu memberi manfaat dalam mengurangkan sak1t sendi.
Ini kerana ia dapat merangsang jaringan untuk mengurangkan geja1a osteoartritis.
Bagaimanapun, berhati-hati ketika memasak kaki ayam kerana ia mampu menghilangkan khasiat dan menjadi ‘racvn’ dan meningkatkan risik0 penyak1t lain seperti jantung atau k4nser.
Sebaik-baiknya, masak ia dengan hidangan ringkas dan berkhasiat, bukannya digoreng menggunakan minyak yang banyak serta menambah bahan-bahan lain.
Sumber: Mstar
Leave a Reply Cancel reply