Lazimnya jika ingin menghadiri majlis atau acara tertentu, barulah seseorang itu memilih untuk menempah pakaian khas yang mendapat sentvhan pereka fesyen.
Begitupun berbeza pula dengan cef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali dengan Chef Wan yang turut menggunakan khidmat pereka fesyen terkenal biarpun hanya untuk kegunaan baju harian.
Bukan untuk dirinya, sebaliknya tempahan khas pakaian harian itu dibuat untuk ibu tercintanya, Noraini Abdullah atau lebih dikenali dengan panggilan Cik Ani.
Menerusi satu entri di Instagram, Chef Wan berkongsi mengenai baju Kedah yang mendapat sentvhan pereka fesyen terkenal, Calvin Thoo.
“Alhamdulilah semua baju Kedah ibu untuk pakaian hariannya sudah pun disiapkan oleh pereka fesyen Calvin Thoo.
“Saya pergi ambil di kedainya di Jalan Imbi semalam. Emak kata sangat selesa pakai, jahitan dan kain pun sejuk sahaja Wan. Tengoklah siapa yang pilih emak, sambil saya usiknya,” kongsinya.
Menurut Chef Wan, baju basahan itu nanti akan dipadankan dengan 15 kain batik yang baharu dibelinya.
“Dengan 15 batik sarung baharu untuk dipadankan, yang mana dah lusuh dan reput itu boleh disimpan asing buat masa ini.
“Dia sangat gembira menerima pakaian tersebut dan tak sabar nak tengok malam tadi tapi saya minta tunggu pagi lah,” ceritanya yang memberitahu ibunya itu kemudian sudah mencuba pakaian tersebut senyap-senyap ketika dirinya tidur.
Di ruangan komen, rata-rata memuji tindakan Chef Wan yang sanggup memberikan yang terbaik buat ibunya.
Sebelum ini, Chef Wan sering berkongsi perjalanan kisah dirinya bersama ibu yang kini disahkan menghidap k4nser payvdara pada usia 89 tahun.
Sumber: Gempak , Ig @_chefwan58
Leave a Reply Cancel reply