Wany Hasrita Dedah Panjang Kain Yang Digunakan Untuk Gaun Sweet Muslimah Barbie Doll

Penyanyi Wany Hasrita mendedahkan pereka fesyen Wan And Mary yang mereka gaunnya pada malam Angerah Bintang Paling Popular ke-33 (ABPBH33) pada Jumaat lalu menggunakan kain sepanjang 100 meter.

Menurut Wany kain itu digunakan hanya untuk skirt berwarna unggu yang digayakan pada malam dia memenangi anugerah Penyanyi Wanita Paling Popular ABPBH33.


“Fakta menarik: Wan And Mary menggunakan kira-kira 100 meter kain untuk menyiapkan skirt ini,” tulisnya.

Wany yang popular dengan lagu Canggung itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya.

Menerusi entri tersebut dia memuat naik fotonya bersama kumpulan yang menyiapkan bajunya serta yang mentatarias dia pada malam tersebut.

Sementara itu, di IG pereka itu pula memberitahu tema untuk baju Wany pada malam itu adalah Sweet Muslimah Barbie Doll.


Busana tersebut mendapat pujian daripada pengikut Wany yang merasakan ia sangat manis dan sopan.

 

 

Sumber: Gempak, Ig @wanyhasrita, Ig @wan_and_mary

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*