Diberi Nikmat Mengandung Seminggu, Elizad Tak Putus Asa Bakal Jalani IVF Lagi

Tak dapat nak gambarkan perasaan yang sedang dialami oleh selebriti tinggi lampai ini. Selama ini Siti Elizad Mohamad Sharifuddin tidak pernah berselindung tentang usahanya untuk memiliki zuriat. Malah sering berkongsi tentang perjalanannya melalui kaedah persenyaw4an in-vitro (IVF).

Siapa sangka, berita gembira yang ditunggu-tunggu akhirnya datang menyapa namun hanya mampu bertahan selama seminggu. Kongsi wanita yang lebih mesra disapa Elizad ini di laman media sosialnya, “Allah bagi rasa nikmat jadi IBU tu minggu lepas. Tapi DIA ambil balik. Terjentik sungguh ‘RASA’ itu,” coret Elizad yang pernah menjalani pembed4han membu4ng 0vari sebelah kirinya.


Tambah wanita yang berusia 36 tahun ini lagi, “Dimaklumkan pregnant minggu lepas. Masyaallah dia punya happy tak tau nak kata, sebab dah lama menanti, tapi kandungan tak kuat dan ble3ding. Tak tau nak gambarkan perasan macam mana. Terduduk seketika,” tulis wanita yang rela berk0rban men1ngg4lkan sementara hobinya menunggang motorsikal berkuasa besar semata-mata ingin memiliki cahaya mata.


Kagum dengan semangat Elizad kerana tetap mahu berusaha tanpa mengenal putus asa dan sentiasa bersangka baik dengan ujian Allah SWT. “Tak mengapa, Inshaallah ada rezeki lain. Husnuzon, bersangka baik. I will never give up. I will always be positive and will keep on praying.

See you again doctor on January 2021Thank you to those who been very supportive and keep praying for my IVF journey,” kongsi Elizad. Semoga doa Elizad dimakbulkan oleh Allah SWT dan memberinya peluang untuk bergelar seorang ibu.

Sumber : Nona via Soya Lemon , Ig @elizadsharifuddin

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*