PKPB Dah Bermula, Ini SOP Sebenar Yang Perlu Anda Patuhi!

Bermula hari ini, penduduk sekitar Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Terengganu bakal menjalani perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) sehingga 6 Disember.

PKPB di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Sabah juga dilanjutkan 28 hari lagi selepas tarikh ia sepatutnya tamat pada 9 Nov.

Tempoh empat minggu yang ditetapkan kerajaan itu pastinya perlu dipatuhi bagi memutuskan rangkaian COVID-19.

Namun, bagi anda yang tertanya atau masih keliru dengan prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi, berikut merupakan senarainya.

Aktiviti Yang Tidak Dibenarkan

Penganjuran majlis keramaian

  • Majlis perkahwinan dan pertunangan
  • Majlis rasmi dan tidak rasmi kerajaan dan swasta
  • Sambutan ulang tahun atau hari kelahiran
  • Kenduri kendara, majlis akikah, doa selamat, tahlil dan reunion.
  • Semua seminar, bengkel, persidangan, latihan.
  • Aktiviti konsert/acara langsung dengan kehadiran penonton
  • Aktiviti kelab malam, pub, taman tema, indoor playground, panggung wayang.

Sukan

  • Aktiviti sukan seperti kolam renang, bersentvhan fizikal atau sukan tempvr.
  • Penganjuran kejohanan
  • Berkelah
  • Acara dan pertandingan sukan dengan kehadiran penonton.

 

Pendidikan

  • Sektor pendidikan seperti institusi pengajian tinggi awam (IPTA), swasta, Institut Latihan Perindustrian (ILP), sekolah, tadika, Pusat Tahfiz, Pusat jagaan kanak-kanak dan sekolah pondok ditutup.
  • Pengecualian: Pelajar sekolah, IPTA, IPTS yang mengambil ujian atau peperiksaan dengan institusi luar negara dibenarkan untuk hadir menduduki peperiksaan sahaja dan bukan untuk sesi pembelajaran.
  • Mesyuarat bersemuka agenssii kerajaan dan swasta melibatkan kahdiran wakil agensi luar tidak dibenarkan dan dilaksanakan secara sidang video sahaja.
  • Pengecualian: Mesyuarat secara bersemuka melibatkan espatriat C Suite dengan penjarakan fizikal dan memakai pelitup mata. 
  • Mesyuarat dalaman arahan JPA dan garis panduan MITI

 

Aktiviti Pelancongan

  • Aktiviti pelancongan ke luar kawasan PKPB dan ke dalam kawasan PKPB tidak dibenarkan.
  • Aktiviti pelancongan ke luar negeri oleh warganegara dan dalam negeri melibatkan pelancong asing memasuki Malaysia kecuali pelancong asing daripada negara sebagaimana dinyatakan oleh Menteri.
  • Untuk maklumat penuh mengenai senarai SOP PKPB anda boleh lihatnya di bawah.

 

Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Kawalan Pergerakan!

  • Hanya dua orang dibenarkan untuk keluar sebagai wakil daripada satu isi rumah bagi tujuan mendapatkan bekalan makanan/keperluan asas harian
  • Mana-mana individu yang berasal dari kawasan PKPB dibenarkan untuk pulang ke kawasan tersebut perlu mendapatkan kebenaran daripada PDRM.
  • Perkhidmatan awam seperti bas henti, bas ekspress, LRT/RT/ERL/Monorel dan teksi/eh-hailing dibenarkan beroperasi.
  • Teksi/E-hailing/penghantaran makanan hanya dua orang penumpang saja. Waktu operasi 6 pagi hingga 12 pagi.

Waktu Perniagaan

  • Perniagaan dibenarkan beroperasi antara 6 pagi hingga 10 malam.
  • Bagaimanapun, ada beberapa pengecualian, seperti berikut:
  • Pasar pagi: 6 pagi hingga 2 petang
  • Pasar borong: 4 pagi hingga 2 petang
  • Pasar tani: 6 pagi hingga 12 tengah hari
  • Pasar malam: 4 petang hingga 10 malam
  • Stesen minyak: 6 pagi hingga 10 malam (Stesen minyak di sepanjang lebuh raya dibenarkan beroperasi 24 jam)
  • Farmasi: 8 pagi hingga 11 malam.
  • Klinik dan hospital: 24 jam

Surat kebenaran polis

  • Bagi pergerakan melalui kawasan PKPB
  • K3s kecem4san atau kema1angan tidak perlu
  • Temu janji pervbatan : hanya surat/kad temujanji

Perlu diingatkan jika anda me1anggar Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyak1t Berjangk1t 2020 dan boleh dikenakan den da RM1,000, penj4ra sehingga enam bulan atau kedua-duanya.

Lebih burvk lagi, jika anda menghalang penjawat awam yang melaksanakan PKPB, anda boleh dikenakan hukvman penj4ra hingga dua tahun atau den da hingga RM10,000 atau kedua-duanya di bawah Seksyen 186 Kanun Keseks4an.

Untuk maklumat lanjut mengenai SOP PKPB anda boleh lihat infografik di bawah:

Sumber: Majlis Keselamatan Negara via Gempak
Gambar: Astro Awani

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*