‘Throwback’ Zaman Konvo, Gambar Rizalman Ibrahim Cur1 Perhatian Netizen

Pereka fesyen tersohor Datuk Rizalman Ibrahim mengimbau momen graduasi sewaktu majlis konvokesyen apabila memakai jubah Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Menerusi laman sosial Instagram (IG), Rizalman memuat naik sekeping foto perbandingan dirinya yang bergraduasi semasa tahun 1993 dengan dirinya sebagai Ahli Lembaga Pengarah pada tahun ini.

“27 tahun kemudian… #uitmdihatiku,” tulis Rizalman sebagai kapsyen.

Menerusi IG story juga, Rizalman berkongsi beberapa keping foto dan video proses fotoshot rasmi di rumahnya mengenakan jubah dan lilitan songkok yang dikhaskan untuk jawatan tertinggi itu.


Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargamaya memberikan pujian pada penampilan dan wajah Rizalman yang tidak dimakan usia.

Pertengahan Oktober lalu, anak kelahiran Pulau Pinang ini mencatatkan kejayaan manis apabila dilantik oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM)

 

 

Sumber: Gempak, Ig @rizalman71

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*