Warganet Titip Kata-Kata Positif Kepada Amal Syahmina

Laman sosial Instagram (IG) dan Twitter Amal Syahmina tiba-tiba menjadi tumpuan warganet sebaik sahaja berita mengenai majlis merisik Pencetus Ummah (PU) Riz dilaporkan media pada hujung minggu lalu.

Menerusi platform media sosial tersebut, warganet menitipkan kata-kata semangat dan ucapan positif  buat Amal.


Rata-rata komen yang ditinggalkan pada foto terbaharu yang dimuat naik Amal mendoakan agar dia terus bahagia dan tabah menempuhi hari-hari mendatang.

“Untuk Amal…Yakin jodoh itu adalah aturan Allah…Insya-Allah perjalanan masih panjang, Insha-Allah Amal akan dapat jodoh terbaik dan ikhlas,” tulis seorang pengikut.

“Perasaan dia, hanya dia dan Allah sahaja yang tahu. Yang melalui perkara sama juga tahu persis apakah perasaan dan kekecewaan ini. Kepada Amal, semoga awak kuat..Allah mahu memberikan yang lebih baik.

“Tak salah kalau rasa kecewa, menangislah sehingga puas…Saya doakan Amal bahagia hingga ke jannah…Amin ya rabb,” komen yang lain pula.


Selain IG, warga Twiter turut memberikana kata-kata semangat buat Amal termasuk berkongsi pengalaman gagal dalam percintaan.

Di Twitter, seorang pengguna telah menulis bebenang mengenai wanita yang sukar melupakan cinta lalu, perlu belajar tabah seperti Amal.

Bebenang tersebut telah menjadi perhatian warga Twitter dan rata-rata memuji Amal kerana mengakui dirinya ‘bitter’ namun akhirnya reda dengan ketentuan Illahi dan membuka lembaran baru dalam hidupnya.

Sebelum ini surat terbuka ditulis Amal turut menjadi trending apabila mendedahkan hubungannya dengan PU Riz terlerai disebabkan orang ketiga.

Dalam masa sama, Amal turut mengakui menerima pelbagai bentuk kec4man daripada umum gara-gara pendedahan tersebut.

Begitupun, menurut Amal, dia mengakui bahawa apa yang dilakukannya itu merupakan satu kesilapannya sendiri.

“Ya, saya mengaku salah kerana ‘bitter’. Sebagai seorang Muslim, kita tiada hak untuk menghvkum niat seseorang apabila mereka sedang cuba memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.

“Saya sepatutnya boleh memberikan reaksi yang lebih baik. Saya mempunyai alasan tersendiri untuk berasa sedih. Apapun, saya mengaku, ianya adalah kesilapan saya,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram miliknya.

 

 

Sumber: Gempak, Ig @amalsyahmina

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*