“Saya Dapat Rasa Apa Yang Pak Cik Ni Rasa” – Anzalna

Pelakon jelita, Anzalna Nasir meluahkan hasrat untuk membantu keluarga m4ngsa kes pembvnuhan membabitkan seorang gadis, Siti Nur Surya Ismail, 19 di Kampung Lubok Batu, Telemong, Terengganu pada Ahad lalu.

Perkara itu diumumkan menerusi satu posting di Instagram Story Anzalna, semalam.

Menurut Anzalna, dia dapat merasai pender1taan dialami keluarga tersebut terutamanya bapa m4ngsa.

“Walaupun bukan di tempat pakcik ini tetapi saya dapat rasa apa yang di rasa.

“Sesiapa kenal pakcik ni boleh mesej Anzalna, terima kasih,” katanya ringkas.

Gempak difahamkan, niat Anzalna untuk mendapatkan nombor bapa m4ngsa adalah untuk meringankan beban khususnya buat ibu arw4h yang dikatakan menghidapi k4nser.

Untuk makluman, Anzalna sebelum ini sinonim dengan kerja amal, membantu keluarga dalam kesempitan termasuk kanak-kanak yang menghidap k4nser sejak 2014.

Terdahulu, Siti Surya ditemui adik perempuannya, Siti Nur Syuhada, 15, tertiarap di hadapan televisyen di ruang tamu dalam keadaan berlumvran d4rah dan pvtus pergelangan tangan ketika pulang dari sekolah kira-kira 2.30 petang, kelmarin.

Difahamkan, m4ngsa dipercayai dibvnuh per0mpak yang memecah masuk rumahnya sekitar 9 pagi.

M4ngsa yang turut mengalami keced3raan di bahagian badan dan muka dipercayai berge1ut sebelum dibvnuh menggunakan senj4ta taj4m.

Polis kini masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

 

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*