Setiap manusia tidak dapat lari daripada masalah yang membawa pada kesedihan dan ‘down’.
Sama seperti penyanyi Ernie Zakri yang punyai cara tersendiri untuk berdepan perasaan sedih dan kecewa.
Dedah Ernie, dia akan berbalik pada prinsip asas agama iaitu solat dan doa malah, adakalanya mencari seseorang untuk mengadu.
“Malu nak kongsikan. Solat dan doa itu perlu 24/7. Tiada alasan.
“Cuma bila saya ada masalah memang nombor satu saya akan call ialah Bang Mel (Syamel). Pendengar setia dan yang paling best reaksi dia bila kita bercerita.
“Kalau kita emo, dia akan emo sekali. Lepas tu dia akan bagi jalan penyelesaian,” kongsi Ernie menerusi Instagram Storiesnya.
Tambah Ernie, selain Syamel, kakaknya, Yaya Zakri dan Isha antara individu rapat yang menjadi tempat luahan perasaan.
“Saya akan selalu bercerita pada Isha atau kakak saya Yaya Zakri kalau saya ada masalah.
“Sebab mereka akan memberikan reaksi sama macam saya. Jadi, kita rasa dapat sokongan 100 peratus.
“Selepas itu mereka akan tenangkan kita. Alhamdulillah. Saya tak ramai kawan, mereka ini yang saya ada,” ujarnya.
Bagaimanapun, Ernie jarang bercerita perihal masalah peribadinya kepada kedua ibu bapanya kerana bimbang mereka akan bertambah risau.
“Jarang bercerita masalah dengan parents sebab kadang-kadang mereka lagi risau daripada saya.
“Tapi bila tak tahan sangat, mama papa akan jadi pilihan nombor satu untuk tenangkan hati,” tambahnya.
Sumber: Gempak, Ig @erniezakri
Leave a Reply Cancel reply